Duit RM70,000 Arwah Isteri Ridzokumura Hilang, Polis Sahkan Sesuatu!

LocalPolitics
28 Mar 2025 • 4:57 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ridzokumura

Polis mengesahkan bahawa mereka tidak menerima sebarang laporan berhubung dakwaan kehilangan wang RM70,000 milik arwah Akiko Okumura, seperti yang didakwa oleh suaminya, usahawan dan pempengaruh media sosial, Ridzokumura.

Menurut laporan Kosmo, sehingga kini tiada sebarang laporan dibuat oleh Ridzuan mengenai itu dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat.

Setakat ini, pihak polis tidak ada terima apa-apa laporan daripada individu tersebut.

Ridzokumura dakwa wang hilang secara misteri

image is not available

Dakwaan kehilangan wang itu timbul selepas Ridzuan mendedahkan dalam siaran langsung di TikTok bahawa wang tunai yang disimpan dalam sampul di dalam beg tangan arwah isterinya hilang secara misteri.

Duit yang hilang bukanlah sedikit, saya anggarkan dalam RM60,000 hingga RM70,000. Duit itu adalah lebihan selepas kami pulang bercuti dari Jepun pada Februari lalu.

Dia hanya menyedari kehilangan wang itu selepas beberapa hari, ketika mahu memeriksa kembali barang peninggalan isterinya.

Kecewa dengan sikap ‘tangan panjang’

image is not available

Ridzuan turut meluahkan rasa kecewa apabila ada pihak yang sanggup mengambil wang tersebut, lebih-lebih lagi ketika mereka masih bersedih atas pemergian isterinya.

Sampai hati, duit orang meninggal pun nak ambil. Bukan orang luar, tetapi orang sekeliling juga. Ketika itu, yang datang hanyalah kawan-kawan terdekat, polis, forensik dan sebagainya.

#ApaKataOhmedia

Jika berlaku kehilangan wang atau barang berharga, penting untuk segera membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dilakukan. Jangan mudah membuat tuduhan tanpa bukti kerana ia boleh mencetuskan salah faham!

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Kosmo


The post

appeared first on

.