Duit Akiko Hilang, Polis Masih Belum Terima Laporan

28 Mar 2025 • 4:20 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Polis masih belum menerima sebarang laporan berkenaan dakwaan sejumlah wang yang hilang di rumah usahawan dan pempengaruh, Abd. Ridzuan Abdul Mutalib atau Ridzuan Ridzokumura.
 

Polis belum terima laporan

 


Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat.


 

“Setakat ini pihak polis tidak ada terima apa-apa laporan daripada individu tersebut,” katanya.

 


Sebelum ini Ridzuan Ridzokumura menerusi siaran langsung di TikToknya


 


Katanya, wang itu diletakkan dalam sampul dan disimpan dalam beg tangan arwah isterinya sebelum disedari telah tiada.


 


“Duit yang hilang bukanlah sedikit, saya anggarkan RM60,000 sehingga RM70,000. Duit itu adalah lebihan balik bercuti dari Jepun pada Februari lalu.


 


“Masa itu saya dalam keadaan kehilangan (Akiko) jadi (baru-baru ini) baru nak periksa apa yang patut, dua tiga hari lepas barulah saya perasan.


 


“Sampai hati, duit orang meninggal pun nak ambil. Bukan orang luar, orang sekeliling juga sebab yang datang (ke rumah) ketika itu pun kawan-kawan terdekat, polis, forensik dan sebagainya,” katanya.


 


dipercayai terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium di Subang Jaya. 


 


Sumber: