
Kerajaan tidak mampu menyediakan kemudahan pencahayaan di semua laluan jalan di seluruh negara berikutan kekangan kewangan, kata Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Datuk Rosni Sohar berhubung isu penunggang motosikal yang berteduh di bawah jambatan ketika hujan serta aduan berkaitan keadaan laluan motosikal yang gelap, bertakung air dan sering dimasuki lumpur.
Menurut Ahmad, Kementerian Kerja Raya (KKR) kini sedang melaksanakan audit di semua kawasan laluan motosikal bagi mengenal pasti tahap keselamatan serta keperluan penambahbaikan yang diperlukan.
“Laluan gelap, bertakung air, saya dah sebut tadi kita melaksanakan audit di semua kawasan laluan motosikal ini,” katanya di Dewan Negara.
"Kalau gelap, buka lampu motor… Jika kita nak mencahayakan segala jalan di Malaysia, kerajaan tak cukup duit… Dulu ada GST, sekarang dipotong GST." – Ahmad Maslan #parlimen #ahmadmaslan #jkr pic.twitter.com/OiVu8sp4fs
Baca juga:
Sofyank dan team cipta dunia ‘Gardenji’, karya tempatan dipuji sebagai ‘next level’
Wanita dakwa individu di SOGO menyamar sebagai rakyat Palestin, minta sumbangan
Malaysia pertimbang semula kewujudan UNHCR jika enggan bekerjasama
Bagaimanapun, beliau berkata tidak semua laluan motosikal boleh dilengkapi dengan pencahayaan kerana ia memerlukan peruntukan kewangan yang besar.
“Tidak semua kita boleh cahayakan. Itu sebab kereta ada lampu, itu sebab kenderaan ada lampu, itu sebab motosikal ada lampu. Kalau gelap, buka lampu. Buka lampu motor, buka lampu kereta, buka lampu kenderaan,” katanya.
Ahmad berkata, sekiranya kerajaan mahu memasang lampu di semua laluan jalan di Malaysia, perbelanjaan besar diperlukan sedangkan terdapat pelbagai keperluan lain yang perlu diberi perhatian.
“Jika kita nak mencahayakan segala jalan di Malaysia, kerajaan tak cukup duit. Dulu kita ada GST (cukai barangan dan perkhidmatan), sekarang dipotong GST, jadi banyaklah perkara tak boleh nak dibuat,” katanya.
The post ‘Dulu ada GST…’ – Ahmad Maslan jawab isu laluan motosikal gelap appeared first on The Reporter.




