“Dulu Anak Telefon Pun Isterinya Yang Angkat, Bermakna Siapa Kawal Telefon Dia?” – Mas Idayu Terkejut Aman Graseka Minta Bantuan

9 Jan 2024 • 5:50 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebagai bekas isteri Aman Graseka, penyanyi Mas Idayu meluahkan rasa terkejut apabila tular berita mengatakan bekas suaminya meminta-minta bantuan kepada rakan selebriti.

Tak hubungi anak minta bantuan

Kata Mas Idayu, sepatutnya Aman perlu menghubungi anak mereka jika benar mahu meminta bantuan memandangkan anaknya sudah pun bekerja serta tidak salah kerana dia merupakan zuriat Aman.

Dia juga boleh minta tolong dengan keluarga, adik-beradik dia.. kalau betullah dia susah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Masidayu Mesnun (@masidayu1001)

Sukar hubungi Aman, nombor telefon kena ‘block’!

Dalam pada itu, penyanyi dangdut itu turut memberitahu bahawa memang susah untuk hubungi aktor berkenaan memandangkan telefon bimbitnya dikawal oleh isterinya, Nurul Amrina.

Malah, mendedahkan nombor telefon dan akaun media sosial anaknya juga disekat oleh Aman.

Kalau dulu anak dia telefon pun isterinya yang angkat, bermakna siapa yang kawal telefon bimbit dia?

Kenal Aman bukan jenis meminta-minta

Mas Idayu turut berkata sepanjang dirinya kenal dengan Aman, bekas suaminya itu bukanlah seseorang yang suka meminta-minta, bahkan tidak peduli dengan aplikasi media sosial yang ada.

image is not available 21 hours ago

"Isteri Dia Tak Bagi Shooting" - Ellie Suriaty Bongkar Rahsia, Rupanya Isteri Aman Graseka Yang Hantar Mesej Pada Rakan Artis?