Dulu dibuang kini disayangi, kasih ibu Syed Saddiq terhadap Bella Astillah curi perhatian. 'Mama akan simpan sampai akhir hayat…'

LocalLifestyle
11 May 2026 • 4:21 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: Dulu dibuang kini disayangi, kasih ibu Syed Saddiq terhadap Bella Astillah curi perhatian. 'Mama akan simpan sampai akhir hayat…'

SETIAP perkongsian mengenai penyanyi dan pelakon Bella Astillah sering mencuri perhatian ramai, lebih-lebih lagi apabila membabitkan hubungan rapatnya bersama keluarga Syed Saddiq. 

Menerusi video yang dikongsikan famili Ahli Perlimen Muar itu, Bella dilihat menghadiahkan pemberian istimewa beserta sekeping kad ucapan kepada ibu dan kakak Syed Saddiq. 

Namun, apa yang benar-benar menyentuh hati ramai adalah luahan bakal ibu mentuanya, Sharifah Mahani mengenai kad tulisan tangan Bella itu. 

“Pada mama, yang lebih berharga kad itu sebab Bella terangkan mengenai perasaan hati dia yang sebenar-benarnya. 

“Dan itu yang mama simpan. Insya-ALLAH mama akan simpan kad itu sampai akhir hayat mama. Ia sangat bermakna,” katanya penuh sebak. 

Image from: Dulu dibuang kini disayangi, kasih ibu Syed Saddiq terhadap Bella Astillah curi perhatian. 'Mama akan simpan sampai akhir hayat…'

Ucapan penuh kasih sayang itu nyata mengundang sebak dalam kalangan warganet yang turut tersentuh melihat layanan serta penghargaan diberikan kepada Bella oleh keluarga bakal mentuanya. 

Malah, ramai turut meluahkan rasa gembira melihat pelakon dan penyanyi itu kembali menikmati kebahagiaan selain mendoakan hubungan Bella dan Syed Saddiq berkekalan hingga ke jenjang pelamin. 

“Cara mama sayang Bella tu ikhlas sangat,” tulis seorang netizen. 

“Bella nampak tenang dan bahagia apabila bersama keluarga ini,” komen pengguna media sosial lain. 

Image from: Dulu dibuang kini disayangi, kasih ibu Syed Saddiq terhadap Bella Astillah curi perhatian. 'Mama akan simpan sampai akhir hayat…'

"Sebak pulak dengar kakak Amani baca nota daripada Bella. Ucapan daripada mama Mahani pun jadi makin sebak. Touching pula, Alhamdulillah kali ni Bella sangat dihargai bakal family mentua," tulis pengguna Instagram 

"Dulu dia dibuang tetapi kini betul-betul disayangi dan dihargai. You deserve it Bella," kongsi seorang lagi pengguna Threads. 

Sekadar info, Saddiq dan Bella selamat melgikat tali pertunangan pada 28 Mac 2026. Pasangan yang dijoloki singkatan #BASS itu dijangka berkahwin pada tahun ini.

Sumber: Instagram, Threads

 

 

View Original Article