'Insya-ALLAH sebelum akhir tahun.' Syed Saddiq janji akan umum tarikh nikah dengan Bella Astillah

LocalEntertainment
4 May 2026 • 9:21 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: 'Insya-ALLAH sebelum akhir tahun.' Syed Saddiq janji akan umum tarikh nikah dengan Bella Astillah

MENUJU hari bahagia, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memaklumkan  persiapan majlis pernikahannya bersama tunang, pelakon dan penyanyi Bella Astillah, kini berjalan lancar seperti yang dirancang.

Memetik OhBulan, Saddiq berkata walaupun masing-masing sibuk dengan urusan kerja, persiapan menuju hari perkahwinan berjalan seperti dirancang.

Katanya lagi, sama seperti ketika merancang majlis pertunangan, setiap perkara dibincangkan terlebih dahulu bersama keluarga.

"Perkara ini lazimnya dibincangkan bersama keluarga. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik seperti yang telah saya kongsikan sebelum ini.

"Apa yang paling penting bagi saya adalah memastikan Bella dan keluarganya berasa gembira. Dia merupakan tunang saya dan saya mahu memastikan segala perancangan berjalan lancar.

"Kami juga mempunyai komitmen kerja masing-masing, saya di Parlimen dan kawasan Muar, manakala Bella pula sering bergerak sana-sini.

"Namun di sebalik jadual yang padat, kami tetap meneruskan perancangan untuk majlis akad nikah dan perkahwinan yang dijangka berlangsung insya-ALLAH sebelum akhir tahun," katanya.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai tarikh majlis akad nikah, Saddiq memaklumkan ia masih dirahsiakan buat masa ini dan hanya akan diumumkan kepada umum apabila tiba waktu yang dirasakan sesuai.

"Lazimnya perkara ini dibincangkan dalam kalangan keluarga terlebih dahulu.

"Bila tiba masanya, jangan risau, pertunangan dan pernikahan ini bukan untuk disembunyikan, kami akan kongsikan berita gembira itu nanti," katanya.

Berkongsi lanjut mengenai persiapan diri sebelum bergelar suami dan ketua keluarga, Saddiq berkata walaupun beliau dan Bella atau nama penuhnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 32, sibuk dengan komitmen kerja, mereka tetap berusaha mencari keseimbangan untuk meluangkan masa bersama keluarga.

"Saya rasa apabila kedua-duanya sibuk bekerja, kadangkala itu satu perkara yang baik kerana dengan komitmen masing-masing, kita masih mencari jalan tengah untuk mendedikasikan masa kepada keluarga.

"Ini juga satu ujian supaya pada masa akan datang, seperti yang saya kongsikan, saya mahu menjadi bakal suami yang baik. Jika tunang saya memilih untuk terus berkerjaya sebagai penyanyi, pelakon atau duta jenama, yang pastinya jadualnya juga padat, keluarga tetap perlu dijaga.

"Kita perlu berkongsi tanggungjawab, termasuk urusan rumah tangga dan juga membesarkan anak-anak kelak. Semua ini adalah perkara yang sedang kami pelajari sedikit demi sedikit sepanjang melalui proses menuju perkahwinan ini," kongsinya lagi.

Sekadar info, Saddiq dan Bella selamat melangsungkan pertunangan pada 28 Mac 2026.

View Original Article