‘Dulu kami bukan undi DAP, undi UMNO pun kata kafir’ – Mohamad Sabu

LocalPolitics
10 Jul 2026 • 4:29 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Mohamad Sabu ketika menyampaikan ucapan berkaitan perubahan pendirian politik PAS.

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu menggesa ahli dan penyokong PAS supaya tidak lagi berpegang kepada apa yang disifatkannya sebagai ‘fatwa politik’ lama yang digunakan dalam persaingan politik sebelum ini.

Beliau berkata, pendirian politik PAS terhadap parti lain pernah berubah mengikut keadaan, termasuk daripada menolak kerjasama dengan UMNO sebelum ini kepada membentuk kerjasama melalui Muafakat Nasional.

“Dulu ini kami bukan undi DAP, undi UMNO pun kami kata kafir. Sampai kita berlawan dengan UMNO ini membawa mati,” katanya dalam satu ucapan yang tular.

Menurut beliau, persaingan politik antara UMNO dan PAS pada suatu ketika dahulu turut mencetuskan perbalahan besar.

Baca juga:

Mohamad Sabu berkata, selepas melalui beberapa perubahan politik, PAS akhirnya pernah bekerjasama dengan UMNO melalui Muafakat Nasional sebelum hubungan kedua-dua parti itu berakhir.

Beliau turut membangkitkan persoalan mengenai pendirian sesetengah pihak yang pernah menolak kerjasama dengan DAP, Amanah dan PKR, sedangkan PAS sebelum ini pernah menyokong calon daripada parti komponen Barisan Nasional (BN) termasuk MCA.

“Kalau orang Islam daripada PAS boleh undi calon MCA, kenapa kamu tidak boleh undi calon DAP, calon Amanah, calon Keadilan di Johor ini?” katanya.

Beliau menegaskan, pandangan atau keputusan politik yang dibuat sebelum ini tidak seharusnya dianggap sebagai sesuatu yang kekal kerana ia berubah mengikut keadaan semasa.

“Ini hanya fatwa politik sementara. Beritahulah kepada ahli-ahli PAS, penyokong PAS yang ada di sini, fatwa ini hanya untuk pilihan raya ini. Untuk pilihan raya akan datang, tunggu dengan fatwa lain,” katanya.

The post ‘Dulu kami bukan undi DAP, undi UMNO pun kata kafir’ – Mohamad Sabu appeared first on The Reporter.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved