“Dulu Tak Ada Kamera Merata Nak Rekod, Hidup Tak Bebas Macam Dulu Dik..” – Linda Onn

EntertainmentLifestyle
5 Mar 2025 • 2:50 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penyampai radio terkenal, Linda Onn tampil memberi nasihat buat mereka di luar sana untuk tidak sewenang-wenangnya memuat naik kandungan di media sosial.

Ini berikutan ramai yang mengikuti budaya merakam setiap situasi dan gerak-geri sehingga memberikan kesan besar kepada individu dan masyarakat.

image is not available

Tambahnya, kehidupan kini tidak lagi bebas seperti dahulu kerana ramai yang ‘memerhati’ dari kaca mata lensa gajet seumpamanya.

Sekarang ni zaman bahaya, tak macam dulu.

Dulu nak bergurau ke, nak buat apa pun, tak ada camera merata nak record, dan takde social media yang nak ditayangkan.

Tulis Linda lagi, setiap tindakan atau gurauan perlu lebih berhati-hati dan mengambil kira faktor sekeliling.

Sekarang nak bercakap, bergurau, bergerak sikit pun kena hati-hati dengan sekeliling. Ada yang merakam tak? Sebab kamera senang diakses sekarang.

Kepada tangan yang memegang phone.camera, hati-hati. Tangan ini boleh menggoncang dunia.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 21 hours ago

Tracie Sinidol, Mira Filzah Diminta Buat Ujian DNA, Wajah Terlalu Seiras