“Kepada yang pegang kamera, hati-hati…hidup ni tak bebas dik” -Linda Onn

LocalEntertainment
5 Mar 2025 • 4:39 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Penyampai radio, Linda Onn menitipkan pesanan ‘kepada yang pegang kamera’ pada zaman sekarang agar lebih berhati-hati memandangkan ia boleh memberi implikasi yang buruk andai rakaman tersebut dikongsikan kepada umum.

Menerusi hantaran yang dibuat Linda Onn di Insta Story, dia menyatakan ketika ini situasi sudah berbeza kerana setiap telefon pintar telah dilengkapi dengan kamera dan boleh terus dikongsikan ke media sosial.

image is not available

Pesanan kepada yang pegang kamera

Jadi, mereka yang bertanggungjawab untuk memuat naik konten-konten di media sosial perlu lebih berhati-hati kerana risiko mendapat respon daripada masyarakat cukup tinggi.

“Dulu nak bergurau ke, nak buat apa pun, tiada kamera merata nak rakam dan tiada sosial media yang nak ditayangkan,

“Sekarang nak bercakap/ bergurau/ bergerak sikit pun kena hati-hati dengan sekeliling. Ada yang merakam tak?

“Sebab sekarang kamera senang nak dapat, kamera melekat di telefon. Dulu nak rakam apa-apa kena bawa kamera sendiri,” tulisnya.

image is not available

“Kepada yang pegang kamera, tangan tu boleh goncang dunia”

Linda Onn telah menitipkan pesan kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab membuat konten untuk dikongsi di media sosial agar lebih berhati-hati kerana kehidupan tidak bebas seperti dahulu kerana banyak implikasi boleh diperoleh susulan daripada rakaman yang dibuat.

“Kepada ‘tangan’ yang memegang telefon/ kamera, hati-hati. Tangan ini boleh menggoncang dunia, hidup ni tak bebas macam dulu dik,” ujarnya lagi.

image is not available

Sebelum ini, tular di media sosial berkenaan tiga penyampai radio stesen swasta yang digantung tugas apabila didakwa mempersendakan agama dalam satu rakaman video yang dimuat naik di media sosial.

Walaupun mereka sudah membuat permohonan maaf secara terbuka, namun puluhan laporan polis telah dibuat sehingga mereka dan beberapa lagi pihak dipanggil ke Bukit Aman untuk memberi keterangan.

Sumber: Instagram lindaon7