“Dulu terhegeh-hegeh…” – Aliff Syukri Tuntut Bekas Menteri Bayar Hutang Puluhan Juta

Entertainment
3 Jul 2023 • 11:14 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Nama Aliff Syukri bukanlah nama asing buat rakyat Malaysia, dia yang merupakan seorang ahli perniagaan itu juga seorang yang ‘lantang’ di media sosial.

Terbaru, Datuk Aliff Syukri atau nama sebenarnya Datuk Aliff Syukri Kamarzaman, mendakwa seorang individu berpangkat Tan Sri yang juga seorang bekas menteri berhutang dengannya dan sehingga kini belum diselesaikan.

Menerusi sebuah posting di Instagram miliknya, Aliff Syukri berkata dia berkali-kali cuba menghubungi individu tersebut, namun sehingga kini masih tiada sebarang respon.

“Siapa kenal Tan Sri ni? Minta dia suruh bayar duit saya yang berpuluh juta itu, dia mesti kaya sebab bekas menteri.

Saya tak nak cerita perkara sebenar, nanti malu satu family Tan Sri Keturunan Tan Sri, jadi saya sabar sabar sahaja, orang Langkawi mesti kenal dia hartawan 1 Malaysia,” tulisnya.

Posting tersebut menarik perhatian netizen, malah ada juga personaliti media sosial terkenal iaitu Wak Doyok meninggalkan komen dalam hantaran tersebut.

image is not available

Setakat artikel ini ditulis, posting tersebut telah mendapat lebih 12K likes serta lebih 1K komen, pun begitu, ramai netizen yang menyarankan agar Aliff Syukri fokus kepada ibadah hajinya dahulu dan ramai juga yang mendoakan perkara ini dapat dipermudahkan buatnya.

Puluhan juta tu, harap selesai cepatlah perkara ni…

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.