“Dulu Tumpang Pelamin Orang” – Pasangan Realisasikan Wedding Impian Selepas 18 Tahun Berkahwin [Video]

23 Apr 2025 • 2:50 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Setiap individu pastinya ingin mengabdikan kenangan bersama yang tersayang terutama jika melibatkan momen penting seperti majlis perkahwinan.

Ini kerana majlis perkahwinan merupakan antara perkara yang hanya dilaksanakan sekali seumur hidup bagi seseorang.

Pun begitu, tidak semua pasangan yang baru berkahwin dapat merealisasikan majlis perkahwinan seperti yang diimpikan berikutan kekangan kewangan.

Pasangan realisasikan ‘wedding’ impian selepas 18 tahun berkahwin

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial kisah pasangan suami isteri yang akhirnya berjaya merealisasikan majlis perkahwinan impian mereka selepas 18 tahun mendirikan rumah tangga.

Momen-momen bahagia itu dikongsikan sendiri oleh wanita yang juga pengasas jenama pakaian Qiszar, Norasila Sail di akaun TikTok miliknya.

“Cipta semula majlis perkahwinan impian selepas 18 tahun adalah sebuah pengalaman yang sangat mahal Allah hadiahkan untuk kami berdua,” tulisnya di ruangan kapsyen sambil menitiskan air mata.

Terkenang waktul awal bernikah, mekap RM30 sahaja

Dalam video terbabit, Norasila turut berkongsi gambar dia dan suaminya dikenali sebagai Hafifi ketika awal pernikahan sekitar tahun 2007 dahulu.

Menurutnya, ketika waktu itu dia hanya mampu bersolek di sebuah kedai salun dengan membayar sebanyak RM30 sahaja.

“Macam budak sekolah kena paksa kahwin lari, makeup pun ‘berlemuih’, makeup dekat saloon RM30 sahaja, itu yang mampu,” katanya

Lebih menyayat hati, Norasila turut berkongsi pengalamannya dan suami semasa awal pernikahan dahulu yang pernah menumpang duduk di atas pelamin pengantin lain.

“Kebetulan hari yang sama (kami bernikah) di flat kitorang ada orang lain bersanding dan masa dah habis mereka sanding, kami pun duduk dekat pelamin itu (selepas meminta keizinan).

“Tengah duduk atas pelamin, pengantin sebenar pun lalu dan pandang sinis, memang pengalaman yang tak dapat kami lupakan,” katanya lagi.

Dulu nikah ala kadar, kini majlis sanding gah, siap jemput Afgan buat persembahan

Jika dahulu pernikahan pasangan itu sangat sederhana, namun kini majlis persandingan mereka kelihatan sangat gah dengan kehadiran penyanyi Indonesia terkenal, Afgan yang turut tampil membuat persembahan.

Menerusi satu temu bual Norasila bersama sebuah radio tempatan, wanita itu menyatakan bahawa dia dan suami amat menggemari Afgan menyebabkan mereka membuat keputusan untuk memanggilnya.

Jelasnya, dia dan suami mahu para tetamu yang hadir ke majlis persandingan itu terhibur dengan persembahan oleh pelantun lagu ‘Jodoh Pasti Bertemu’ itu.

@norasilasail

Recreating the wedding of our dreams after 18 years adalah sebuah experience yang sangat mahal Allah hadiahkan untuk kami berdua 🥹 *type sambil nangis. Throwback gambar nikah first tu, mcm budak sekolah kena paksa kahwin lari, makeup pun berlemuih, makeup dekat saloon cina RM30 je, itu yang mampu. Then kebetulan hari yang sama, dekat flat ktorg ada org lain sanding, and dh habis sanding, ktorg pun pinjam lah duduk dekat pelamin tu. Tgh duduk atas pelamin, pengantin real pun lalu and pandang sinis 😢 Mmg experience yang tk dapat lupa sobs. Thank you so much untuk semua yang sudi datang raikan these special moments with us, it means a lot. Masih tak move on dari wedding vibes sabtu lepas.

♬ original sound – norasilasail – norasilasail

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial sebak melihat pasangan terbabit yang akhirnya berjaya merealisasikan majlis persandingan impian mereka selepas 18 tahun berkahwin.

Kebanyakan netizen juga tidak menyangka bahawa Norasila merupakan pengasas kepada jenama pakaian Qiszar yang semakin dikenali ramai.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available