“Nasib Baik Ada Yang Tegur” – Dikritik Mahu Buat Open House Sambil Kutip Derma, Ini Respon Prince Syed

23 Apr 2025 • 6:23 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Islam sentiasa menggalakkan umatnya untuk bersedekah dan berkongsi rezeki yang dimiliki dengan individu-individu lain terutamanya mereka yang kurang bernasib baik.

Pahala yang akan diperolehi kerana perbuatan mulia itu bukanlah berdasarkan nilainya, tapi keikhlasan hati semasa memberi yang menjadi keutamaan.

Pun begitu, kebanyakan individu yang kaya kebiasaannya akan bersedekah lebih banyak lagi berbanding orang-orang biasa.

Tular dakwaan pasangan influencer minta sedekah dalam majlis hari raya

Namun, lain pula kisahnya dengan satu hantaran tular ini yang mendakwa terdapat pasangan influencer terkenal, Prince Syed Syahid dan isteri meminta sedekah ketika ingin menganjurkan sebuah majlis sambutan hari raya.

Difahamkan, pasangan terbabit akan menganjurkan sambutan hari raya bersama anak yatim, pelajar tahfiz dan asnaf dan membuka ruang kepada orang ramai yang ingin melakukan infaq.

Menurut pasangan terbabit yang juga usahawan itu, antara program yang bakal diadakan semasa majlis berkenaan adalah ceramah, memberi makan juadah hari raya kepada anak yatim, tahfiz dan asnaf, pemberian sumbangan barangan serta pemberian sumbangan duit raya.

Minta orang ramai infaq duit dalam akaun peribadi?

Lebih menarik perhatian pengguna media sosial apabila pasangan itu juga menyertakan kod QR dan nombor akaun bank dipercayai milik persendirian.

Seorang netizen turut berpendapat bahawa individu yang bergelar jutawan sepatutnya menghulurkan derma dan bukannya mengutip derma dari orang awam.

“Ada orang ‘tag’ aku. Terkejut aku tengok pasangan yang tular dengan menunjukkan kemewahan dan kekayaan mereka buat hantaran untuk mengutip derma. Siap letak nombor akaun sendiri lagi.

“Korang rasa-rasalah, adakah ini perangai orang kaya ini sepatutnya lakukan?” tulis individu itu.

Prince Syed tampil beri penjelasan

Kenyataan oleh individu itu kemudiannya dipersetujui oleh kebanyakan pengguna media sosial lain yang turut meragui cara pasangan berkenaan meminta orang ramai menghulurkan infaq.

Pasangan influencer terbabit yang cakna dengan isu berkenaan kemudiannya tampil menjelaskan bahawa mereka baru mengetahui perkara tersebut tidak boleh dilakukan.

Malah, mereka berterima kasih apabila ada pihak yang memberi teguran membina untuk acara yang sepatutnya berlangsung pada 27 April itu.

“Berkenaan isu majlis yang bakal saya buat 27 April ini, rupanya tidak boleh dibuat posting ajak sesiapa yg nak join infaq dengan kami.

“Kami tak tahu, sebab sebelum ni hanya pernah lihat posting infaq macam ni. Kalau tahu dari awal, dan beritahu secara baik dengan kami, kami pasti akan terima dengan hati yang terbuka InsyaAllah.

“Nasib baik posting tu belum ada ramai yang buat infaq maybe masing-masing pon sedia maklum, sebab yang infaq hanya kenalan baik saya sahaja yang tahu program ni. Belum lagi orang ramai, syukur nasib baik Alhamdulillah.” kata Prince Syed.

Tambah Prince Syed lagi, dia menerima segala teguran itu dengan hati yang terbuka dan berjanji akan memperbaiki diri dari semasa ke semasa.

“Allah selamatkan kita dari benda yang tak sepatutnya. Terima kasih yang menegur ya.”

Penjelasan Price Syed yang jujur dan profesional nyata membuatkan netizen memuji. Rata-rata berpendapat dia seorang yang tidak cepat melenting sebalikya berlapang dada dalam menerima teguran.

Malah ada yang meminta maaf kerana tidak menegurnya terlebih awal.