DUN Melaka bakal bubar, Akmal mohon maaf andai ada kekurangan -“Saya sedar & insaf”

LocalPolitics
22 Sep 2026 • 6:46 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Datuk Dr Akmal Saleh mengimbau perjalanan empat tahun 10 bulan sebagai wakil rakyat kawasan itu, sambil menzahirkan penghargaan kepada warga Merlimau yang memberikan kepercayaan kepadanya.

Kepercayaan hadir bersama hadapan dan amanah

Menerusi satu perkongsian, Akmal berkata, kepercayaan tersebut hadir bersama harapan dan amanah untuk menjaga kehidupan masyarakat di kawasan berkenaan.

Akui banyak perkara belum sempat diselesaikan

Menurutnya, beliau bermula sebagai seorang anak kampung tanpa kedudukan atau latar belakang besar, namun membawa kesetiaan kepada parti serta keinginan untuk berbakti kepada masyarakat.

Akmal turut mengakui masih terdapat perkara yang belum sempat diselesaikan sepanjang tempoh beliau memikul amanah sebagai wakil rakyat.

Katanya, terdapat keluarga yang masih menunggu bantuan, termasuk mereka yang berdepan masalah kediaman dan anak-anak yang memerlukan perhatian.

“Alhamdulillah atas segala yang sempat kita usahakan bersama. Tidak perlu saya hitung satu per satu. Warga Merlimau melihat sendiri dan berhak menilai sendiri.”
“Saya sedar dan insaf. Betapa kesibukan saya tidak pun memendekkan penantian mereka. Niat baik saya tidak akan menghilangkan kesusahan mereka,” ujarnya.

Image from: DUN Melaka bakal bubar, Akmal mohon maaf andai ada kekurangan -“Saya sedar & insaf”

Mohon maaf andai ada kekurangan

Beliau turut memohon maaf atas segala kekurangan sepanjang menjalankan tanggungjawab tersebut, selain menegaskan segala usaha yang telah dilakukan tidak memadamkan tanggungjawab terhadap perkara yang masih belum selesai.

“Buat kalian semua, penghargaan ini tidak datang dengan permintaan untuk dipilih semula. Warga Merlimau berhak mendapat wakil rakyat yang terbaik. Penilaian dan kepercayaan itu adalah milik tuan-tuan dan puan-puan sepenuhnya,”

Akmal turut menyifatkan warga Merlimau sebagai sebahagian daripada perjalanan hidupnya dan berjanji akan terus bersama mereka selagi diberikan kesempatan.

“Susah dan senang, selagi diberikan izin Yang Maha Kuasa – saya akan tetap bersama orang Merlimau.”
“Jawatan ini ada tempohnya, tetapi menjadi anak Merlimau, itu seumur hidup saya,”

Image from: DUN Melaka bakal bubar, Akmal mohon maaf andai ada kekurangan -“Saya sedar & insaf”

Dalam perkembangan berkaitan, DUN Melaka dimaklumkan akan dibubarkan berkuat kuasa esok, 23 September, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16.

Pengumuman itu dibuat Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh hari ini selepas mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam.

Sumber: Akmal Saleh

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved