DUN Sabah Dibubarkan Berkuatkuasa Hari Ini – Hajiji

LocalPolitics
6 Oct 2025 • 3:13 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor telah mengadakan satu sidang media dan mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah berkuatkuasa hari ini (6/10/2025).

image is not available

Dalam pada itu, Hajiji juga mengesahkan bahawa pihaknya akan mengadakan kerjasama bersama gabungan Pakatan Harapan bagi memberi laluan buat Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 yang akan datang. Selain itu, Hajiji juga mengumumkan agihan kerusi akan diumumkan dalam masa terdekat.

Menurut laporan Bernama, pengumuman berkenaan dilakukan selepas mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman.

Hajiji juga menjelaskan hubungan kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan amat baik dan pihaknya akan meneruskan hubungan yang baik tersebut kerana kerajaan sekarang ini pun terdiri dari gabungan GRS-PH demi kemajuan negeri tersebut.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.