
KUCHING, 7 Okt (Bernama) -- Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dijangka dibubarkan pada November atau dua minggu selepas Belanjawan Sarawak 2027 diluluskan.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata belanjawan itu, bakal dibentangkan pada persidangan DUN Sarawak akan datang.
Beliau berkata Kerajaan Negeri Sarawak juga tidak akan membiarkan DUN Sarawak terbubar dengan sendiri pada Februari 2027, apabila mandat kerajaan negeri berakhir.
“Jarang sekali Menteri Besar, Ketua Menteri dan dalam konteks Sarawak, Premier akan membiarkan DUN terbubar sendiri, biasanya mereka akan mohon pembubaran.
“Jadi apabila kita lihat sekarang ini bulan Oktober dan seterusnya November dan Disember tinggal berapa bulan lagi, kita perlu adakan pilihan raya tidak lama lagi.
“Tarikhnya (pembubaran)mungkin pada bila-bila masa pada November untuk pembubaran, sama ada selepas bajet Sarawak atau mungkin dua minggu selepas itu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Sarawak Women of Tomorrow (SWOT) 2026 di sini, hari ini.
Baca juga:Menurut laporan media, persidangan DUN Sarawak akan berlangsung dari 12 hingga 21 Okt.
-- BERNAMA






