DUN Selangor: Johan Setia, Sijangkang masih ada asap pembakaran

LocalEnvironment
13 Aug 2026 • 5:55 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: DUN Selangor: Johan Setia, Sijangkang masih ada asap pembakaran

SHAH ALAM – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor mengesan lima lokasi pembakaran terbuka yang masih mengeluarkan asap, terutama di sekitar Johan Setia dan Jalan Sijangkang Utama.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Jamaliah Jamaluddin berkata, pihaknya mengambil maklum isu itu terutama di kawasan berdekatan penempatan yang menyebabkan pencemaran bau

“Kesemua lokasi yang dikesan itu adalah di sepanjang Jalan Sijangkang Utama dan Johan Setia.

“Ini melibatkan kawasan belukar, lot pembersihan tanah kebun dan kebun sayur,” katanya ketika ucapan penggulungan perbahasan Rancangan Selangor Kedua pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, petang ini.

Tambah Jamaliah, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 29A Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS 1974). – KOSMO! ONLINE

The post DUN Selangor: Johan Setia, Sijangkang masih ada asap pembakaran appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved