Lapan kawasan catat bacaan IPU tidak sihat pagi ini

LocalEnvironment
12 Aug 2026 • 10:39 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Lapan kawasan catat bacaan IPU tidak sihat pagi ini
Berdasarkan portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Sarikei di Sarawak mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 161. Foto fail Bernama

KUALA LUMPUR - Sebanyak lapan kawasan di seluruh negara merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat jam 9 pagi ini, merangkumi enam di Sarawak dan dua di Semenanjung Malaysia.

Berdasarkan portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Sarikei di Sarawak mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 161.

Turut mencatatkan bacaan tidak sihat di Sarawak ialah Bintulu dan Sri Aman masing-masing dengan bacaan 157, disusuli Samalaju (153), Sibu (151) serta Miri (130).

Di Semenanjung pula, Putrajaya mencatatkan bacaan 114, manakala satu lagi kawasan turut berada pada tahap tidak sihat (melebihi 100).

Sementara itu, sebanyak 51 kawasan merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana (51-100) dan empat kawasan pula mencatatkan tahap kualiti udara baik (bawah 50).

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara adalah baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300, berbahaya.

Data IPU dikeluarkan setiap jam berdasarkan 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara. - Bernama

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved