DUN Selangor: Penggunaan beg plastik sekali guna semakin kurang

LocalEnvironment
12 Aug 2026 • 11:37 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Beg plastik sekali guna

SHAH ALAM: Kadar keseluruhan kutipan caj beg plastik di negeri ini yang dikutip sebanyak 20 sen bagi setiap satu menurun sehingga 47.8 peratus pada 2025 sejak tiga tahun lalu.

Pada 2023, sebanyak RM13.35 juta dikutip hasil daripada caj beg plastik yang dikenakan dan jumlah tersebut menurun kepada RM9.04 juta pada 2024 dan tahun lalu kutipan sebanyak RM6.97 juta direkodkan.

Exco Alam Sekitar dan Kesihatan, Jamaliah Jamaludin berkata, penurunan tersebut menunjukkan perkembangan positif Kempen Bebas Plastik dan Program Kutipan Caj Beg Plastik yang masing-masing dimulakan sejak 2010 dan 2020.

Katanya, walaupun tiada kajian khusus yang mengukur pengurangan penggunaan beg plastik itu, kerajaan negeri menggunakan trend kutipan caj sebagai penanda aras perubahan tingkah laku pengguna.

Sejak pelaksanaan Hari Tanpa Beg Plastik dan pengenaan caj 20 sen bagi setiap beg plastik sekali guna, pengguna didapati semakin mengutamakan beg guna semula ketika membeli belah.

Perkembangan itu turut disokong oleh trend penurunan kutipan dari tahun ke tahun yang mencerminkan penggunaan beg plastik sekali guna. Selain itu, kesedaran penyertaan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan swasta turut menunjukkan peningkatan,” katanya pada Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Ke-15 di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan daripada Leong Tuck Chee (PH-Pandamaran) berkenaan keberkesanan kempen pengurangan beg plastik yang dilaksanakan di negeri ini.

Dalam pada itu, Jamaliah (PH-Bandar Utama) memberitahu, berdasarkan trend tersebut sasaran negeri untuk mencapai sifat penggunaan beg plastik sekali guna pada 2030.

“Kerajaan negeri berpandangan sasaran tersebut mencabar, tetapi berpotensi untuk dicapai sekiranya pelaksanaan dasar, penguatkuasaan, pendidikan awam dan kerjasama semua pihak dapat dikekalkan secara berterusan.

“Sasaran itu selaras dengan ‘Malaysia’s Roadmap Towards Zero Single-Use Plastics 2018-2030’ yang menjadi panduan nasional dalam mengurangkan penggunaan beg plastik sekali guna dan memerluas penggunaan alternatif yang lebih lestari,” ujarnya. – UTUSAN

The post DUN Selangor: Penggunaan beg plastik sekali guna semakin kurang appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved