Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam sikap hipokrit masyarakat antarabangsa yang sering memperjuangkan demokrasi dan hak asasi manusia, namun gagal membela nasib rakyat Palestin yang terus berdepan penindasan sejak lebih 70 tahun lalu.
Beliau mempersoalkan tindakan masyarakat dunia yang seolah-olah mengamalkan layanan berbeza terhadap rakyat Palestin, sama ada disebabkan identiti mereka sebagai bangsa Arab, rakyat Palestin mahupun umat Islam.
AdvertisementPersoal Kegagalan Dunia Menegakkan Keadilan
Menurut Anwar, prinsip demokrasi dan hak asasi manusia tidak sepatutnya hanya menjadi laungan semata-mata, sedangkan masih terdapat manusia yang diperlakukan secara tidak berperikemanusiaan.
Kita dibangunkan sebagai anak-anak dari negara yang terjajah dan diajar oleh ibu bapa untuk menentang segala bentuk penjajahan, ketidakadilan serta kezaliman.
Namun kata beliau, apabila menginjak dewasa masyarakat melihat kekejaman di depan mata dan kegagalan dunia bukan sahaja untuk memperjuangkan tetapi juga untuk menyuarakan keadilan.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Sumud Nusantara bersempena Global Sumud Congress 2026 di Bangi, semalam.
Malaysia Gazette Penderitaan Rakyat Palestin Berlarutan Lebih 70 Tahun
Anwar turut mengingatkan bahawa perjuangan membebaskan Palestin bukanlah isu yang baru berlaku sejak dua atau tiga tahun kebelakangan ini, sebaliknya penderitaan rakyatnya sudah berlarutan selama beberapa dekad.
Beliau turut meluahkan rasa kesal terhadap kegagalan dunia mendengar penderitaan rakyat Palestin, khususnya bayi dan kanak-kanak yang menjadi mangsa kekejaman.
Bagaimana kita hendak membandingkan rayuan dan tangisan bayi serta kanak-kanak yang menderita selama beberapa dekad dengan masalah kita sendiri? Mereka merayu supaya dunia mendengar, tetapi dunia seolah-olah pekak.
Seru Masyarakat Terus Membantu Palestin
Sehubungan itu, Anwar menyeru semua pihak agar tidak berhenti menyumbang tenaga, khidmat dan sokongan kepada rakyat Palestin walaupun berdepan pelbagai cabaran.
Beliau menegaskan bahawa setiap usaha, tidak kira sekecil mana sekalipun, tetap membawa makna dalam perjuangan menuntut keadilan.
BERNAMA Pada masa sama, beliau menghargai solidariti aktivis antarabangsa dari Eropah, Amerika, Asia, Afrika dan Amerika Latin yang terus menyokong kebebasan Palestin.
Anwar turut menegaskan komitmen Kerajaan MADANI untuk terus memperjuangkan nasib rakyat Palestin serta berharap tekanan antarabangsa mampu membawa perubahan.
Insya-Allah, saya percaya keadilan akan menang dan Palestin akan bebas.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Satu Kapal Minyak Terkandas Di Selat Hormuz, Kerajaan Kini Pantau Rapat - Anwar Ibrahim
The post “Dunia Seolah-Olah Pekak” – Anwar Ibrahim Kecam Sikap Hipokrit Masyarakat Antarabangsa Terhadap Palestin first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






