Tok Mat puji ketegasan PM Anwar di pentas dunia, terpaksa cakap… -“Cukuplah, Datuk Seri”

LocalPolitics
14 Oct 2026 • 11:35 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Tok Mat puji ketegasan PM Anwar di pentas dunia, terpaksa cakap… -“Cukuplah, Datuk Seri”

Ketegasan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memperjuangkan isu Palestin di pentas antarabangsa mendapat pujian Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan yang menyifatkan pendirian Malaysia kekal konsisten dalam menyuarakan nasib rakyat Gaza.

Nyatakan kewibawaan PM Anwar

Perkara itu dinyatakan sewaktu di Dewan Rakyat, Mohamad menyatakan, kewibawaan Anwar ketika menghadiri lawatan rasmi dan persidangan antarabangsa turut mengangkat suara Malaysia dalam memperjuangkan prinsip keadilan sejagat, khususnya berkaitan konflik di Palestin.

Potongan video sewaktu di Dewan Rakyat tersebut tular di media sosial dan mendapat perhatian warganet.

“Kalau setakat bersuara di peringkat antarabangsa, memang Malaysia sudah diketahui berbuat demikian. Perdana Menteri, di mana-mana sahaja dalam negara ASEAN, tidak keberatan untuk membangkitkan isu ini kerana mereka rakan-rakannya.
“Tetapi di negara lain, termasuk ketika sidang (antarabangsa) BRICS, APEC dan apa sahaja platform pelbagai hala atau antarabangsa, beliau akan bersuara dengan keras dan tidak pernah meninggalkan agenda berkaitan Gaza,” katanya.

Ketegasan PM suarakan pendirian Malaysia

Walau bagaimanapun, Mohamad yang juga Ahli Parlimen Rembau mengakui ketegasan Anwar dalam menyuarakan pendirian Malaysia turut menimbulkan kebimbangan terhadap aspek keselamatan Perdana Menteri.

Malah, beliau pernah mengingatkan Anwar supaya turut mengambil kira keselamatan diri ketika menyuarakan pendirian secara lantang di hadapan pemimpin dunia.

“Sampai saya terpaksa cakap kepada Perdana Menteri, ‘Datuk Seri, cukuplah’. Kita risau juga tentang keselamatan beliau kerana keselamatan beliau pun perlu kita ambil berat.” Ujarnya ketika menjawab persoalan mengenai pendirian Malaysia serta usaha menggerakkan ASEAN dalam mengambil pendekatan lebih tegas berhubung isu tersebut.

Dalam pada itu, ketegasan Malaysia dalam isu Palestin mencerminkan pendirian negara untuk terus memperjuangkan kepentingan kemanusiaan dan menentukan hala tuju dasar luar secara bebas tanpa tunduk kepada tekanan kuasa besar.

Sumber: Thread zac_zakirin13

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved