PM Anwar kecam kegagalan tatanan antarabangsa dalam tangani penderitaan rakyat Palestin

WorldPolitics
14 Oct 2026 • 8:45 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: PM Anwar kecam kegagalan tatanan antarabangsa dalam tangani penderitaan rakyat Palestin

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam kegagalan tatanan antarabangsa menangani penderitaan Palestin dan mempersoalkan sikap hipokrit dunia dalam menegakkan demokrasi serta hak asasi manusia

BANGI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam kegagalan tatanan antarabangsa dalam menangani penderitaan rakyat Palestin.

Beliau berkata masyarakat antarabangsa sepatutnya kekal teguh dalam menegakkan prinsip-prinsip demokrasi dan hak asasi manusia, namun tindak balas mereka terhadap penderitaan Palestin mendedahkan percanggahan dalam komitmen mereka untuk menentang penjajahan dan imperialisme.

“Betapa hipokritnya, kegagalan masyarakat antarabangsa. Saya perlu bercakap sebagai Perdana Menteri, saya faham perkara itu. Tetapi saya perlu menyuarakan rasa meluat yang teramat sangat terhadap kegagalan tatanan antarabangsa.

“Kita bercakap mengenai demokrasi, demokrasi siapa? Kita bercakap mengenai hak asasi manusia, manusia yang mana? Apabila manusia dilayan seperti haiwan dan hamba,” kata beliau berucap pada Majlis Makan Malam Sumud Nusantara, yang diadakan bersempena dengan Kongres Sumud Sedunia 2026, di sini malam ini.

Anwar yang juga Penaung Sumud Nusantara, turut mempersoalkan sama ada layanan berbeza yang diberikan terhadap isu Palestin itu, didorong oleh hakikat bahawa rakyat Palestin merupakan orang Arab atau beragama Islam.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved