Duopharma kesan cubaan ceroboh sistem IT 

LocalTechnology
11 Sep 2026 • 6:28 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Duopharma kesan cubaan ceroboh sistem IT  Image from: Duopharma kesan cubaan ceroboh sistem IT  hamden11/09/2026 - 18:28 Oleh HAMDEN RAMLI editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 11 Sept – Duopharma Biotech Bhd mengesan percubaan akses tanpa kebenaran ke dalam infrastruktur teknologi maklumat (IT) syarikat menerusi sistem pertahanan siber dalaman baru-baru ini.

 

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, syarikat berkata protokol pembendungan segera berjaya dilaksanakan susulan pengesanan tersebut.

 

Setakat ini, rangkaian korporat teras dan sistem operasi dalaman syarikat kekal utuh serta selamat dan berfungsi sepenuhnya.

 

Susulan insiden itu, Duopharma Biotech memulakan semakan menyeluruh terhadap tindak balas insiden, dengan siasatan awal mengesahkan tiada gangguan terhadap operasi perniagaan teras. Semua aktiviti korporat juga terus beroperasi seperti biasa.

 

Bagaimanapun, hasil siasatan mendapati satu set fail data telah diekstrak daripada sistem dan dipercayai turut mengandungi data peribadi.

 

“Syarikat akan bekerjasama dengan pakar keselamatan siber dalaman dan luaran yang berkaitan, jika berkenaan, untuk menjalankan siasatan forensik digital bagi menentukan skop sebenar fail yang terlibat,” katanya.

 

Duopharma Biotech berkata persekitaran keselamatan sibernya turut akan dikaji semula dan langkah tambahan akan dilaksanakan sekiranya perlu bagi memperkukuh keselamatan sistem serta data syarikat.

 

Pada ketika ini, berdasarkan maklumat yang tersedia, syarikat percaya insiden berkenaan tidak mempunyai implikasi kewangan.

 

Bagaimanapun, Duopharma Biotech akan terus menilai kesan insiden itu apabila maklumat lanjut diperoleh daripada siasatan yang sedang dijalankan.

 

Berhubung dakwaan pengekstrakan data peribadi, syarikat berkata pihaknya akan memaklumkan kepada Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi dalam tempoh yang ditetapkan.

 

Duopharma Biotech turut memaklumkan bahawa pihaknya akan terus memantau situasi berkenaan dan mungkin membuat pengumuman lanjut sekiranya terdapat perkembangan material berkaitan insiden tersebut. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved