Duplantis Genggam Dua Rekod Dunia Dalam Masa Kurang Sebulan

26 Aug 2024 • 4:14 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Duplantis Genggam Dua Rekod Dunia Dalam Masa Kurang Sebulan

Atlet lompat galah, Armand Duplantis dilaporkan berjaya menggenggam dua rekod dunia dalam tempoh kurang dari sebulan.

Sebelumnya, atlet dari Sweden itu baru sahaja mencipta rekod dunia bagi sukan kegemarannya itu di Olimpik Paris 2024 yang baru berakhir.

Dalam kejohanan Liga Berlian baru-baru ini pula, Duplantis berjaya memecahkan rekod dunia yang dipegangnya sendiri dengan catatan baharu 6.26 meter.

Mencipta dua rekod dunia dalam tempoh kurang dari sebulan adalah sesuatu yang tidak diduga.

Lebih-lebih lagi memandangkan kebanyakan atlet biasanya mempamerkan prestasi terbaik mereka pada acara terbesar dunia, iaitu Olimpik.

Namun, situasi ini berbeza bagi Duplantis, sama ada kerana keupayaannya yang luar biasa ataupun atlet itu telah menemui teknik baharu yang membolehkannya memperbaharui rekod dunia miliknya.

Untuk info, rekod dunia yang dicatatkan Duplantis sebelum ini di Olimpik Paris adalah 6.25 meter.

Walaupun perbezaan hanya 0.01 meter, ia sudah cukup untuk menetapkan penanda aras baharu yang menjadi cabaran terkini bagi atlet lompat bergalah terbaik dunia.

Situasi ini mengingatkan kita kepada Usain Bolt yang walaupun meraih emas di Olimpik, meninggalkan rekod dunia 9.58 saat di luar kejohanan Olimpik yang kekal hingga hari ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved