
Hujung minggu perlumbaan Grand Prix (GP) Belanda berakhir lebih awal buat Fermin Aldeguer selepas pelumba Sepanyol itu disahkan tidak cergas untuk meneruskan baki sesi ekoran kemalangan yang dialaminya ketika sesi Latihan (Practice).
Berita mengejutkan itu disahkan oleh panel perubatan selepas pemeriksaan lanjut mendedahkan impak daripada kecelakaan tersebut telah mengakibatkan kecederaan serius pada bahagian belakangnya.
Menurut laporan perubatan awal, pelumba bernombor 54 itu disahkan mengalami keretakan pada vertebra T7 (T7 vertebra fracture). Keadaan beliau akan terus dipantau dan dinilai secara intensif oleh pakar perubatan dalam tempoh beberapa hari akan datang bagi menentukan fasa pemulihan seterusnya.
Insiden ini pastinya menjadi tamparan hebat buat kem Aldeguer di Litar Assen yang dikenali sebagai The Cathedral of Speed, memandangkan beliau sentiasa menjadi antara pencabar utama di grid.
Seluruh komuniti MotoGP kini mendoakan agar proses penyembuhan berjalan lancar buat pelumba muda berbakat ini. Speedy recovery, Fermin!
The post DutchGP: Fermin Aldeguer Disahkan Tidak Cergas, Alami Keretakan Tulang Belakang T7 appeared first on TW Media.

