e-Jamin: Ketua Pendaftar Mahkamah perlu beri maklum balas

LocalPolitics
7 Oct 2026 • 1:50 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: e-Jamin: Ketua Pendaftar Mahkamah perlu beri maklum balas

KUALA LUMPUR: Pihak Ketua Pendaftar Mahkamah perlu memberikan maklum balas berkenaan pendedahan Jawatankuasa Ki­ra-Kira Wang Negara (PAC) baru-baru ini berkaitan isu wang e-Jamin berjumlah RM103.8 juta yang dilaburkan atas nama syarikat pengendali sistem berkenaan yang sekali gus melanggar peraturan kewangan negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, ini kerana perkara itu adalah berada di bawah bidang kuasa institusi kehakiman.   

“E-Jamin itu perlu tanya Ketua Pendaftar sebab di bawah (bidang kuasa) mahkamah. 

“Saya lihat apa yang dibawa oleh PAC itu satu teguran yang Ketua Pendaftar perlu respons dan kita telah memaklumkan kepada Ketua Pendaftar. Mungkin mereka akan buat kenyataan,” katanya semasa sidang akhbar di Parlimen hari ini. 

Kelmarin, Pengerusi PAC, Datuk Mas Ermieyati Samsudin mendedahkan sebanyak RM103.8 juta wang jaminan yang dibayar menerusi sistem bayaran jaminan dalam talian mahkamah (e-Jamin) dilaburkan atas nama syarikat pengendali sistem berkenaan sekali gus melanggar peraturan kewangan negara.

Katanya, tindakan itu didapati melanggar Perkara 97(1) Perlembagaan Persekutuan serta Seksyen 7 Akta Tatacara Kewa­ngan 1957.

Sementara itu, mengulas perkembangan cadangan penggubalan Akta Pendanaan Politik, Azalina berkata, pihaknya masih menunggu jawapan dan maklum balas terhadap surat yang dihantar kepada semua pemimpin parti politik. 

Katanya, perkara itu penting bagi memastikan pendanaan parti politik mempunyai piawaian yang jelas, terutama apabila parti berkenaan membawa isu rasuah dalam kempen pilihan raya. 

“Saya sudah beri arahan untuk dapat jawapan, surat itu dah dikeluarkan, jadi tunggu mereka jawab (parti politik). 

“Kalau parti politik pergi (kempen) pilihan raya cakap tentang rasuah, pendanaan pun perlu ikut standard. Sebab itu kita tunggu respons. Saya tak nak komen lebih-lebih,” katanya. –UTUSAN

The post e-Jamin: Ketua Pendaftar Mahkamah perlu beri maklum balas appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved