Ebit Lew Menang Kes Saman Fitnah, Caprice Diperintah Bayar RM220,000 & Buat Permohonan Maaf [Video]

LocalOpinion
17 Aug 2026 • 5:03 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ebit Lew Menang Kes Saman Fitnah, Caprice Diperintah Bayar RM220,000 & Buat Permohonan Maaf [Video]

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini (17 Ogos) memerintahkan pempengaruh dan penyanyi rap, Caprice supaya memohon maaf dan membayar ganti rugi sebanyak RM220,000 kepada pendakwah bebas, Ebit Lew kerana memfitnah plaintif tersebut pada 2023 lalu.

Hakim, Zuhrina Mohamed Nor turut memerintahkan Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 40, memadam tujuh kenyataan yang dibuatnya bersama pempengaruh Indonesia, Mondy Tattoo dalam tempoh masa 48 jam.

Caprice Tak Boleh Keluarkan Komen Atau Kenyataan Berhubung Ebit Pada Masa Akan Datang

Mahkamah turut memutuskan, penyanyi lagu ‘Topeng’ itu tidak boleh mengeluarkan komen atau membuat kenyataan mengenai Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew, 42, pada masa akan datang.

Memetik Kosmo, menerusi prosiding itu, mahkamah menolak tuntutan balas Caprice dengan alasan ia tidak berasas.

Perkara sama turut dikongsikan Ebit Lew menerusi satu hantaran di Facebook.

“Alhamdulillah syukur pada Allah. Saya menang saman terhadap Caprice Ariz Ramli. Beliau diperintah mahkamah untuk mohon maaf atas fitnah dan beliau diperintahkan membayar keseluruhan RM220,000 kepada saya,” kata Ebit Lew.

Pempengaruh Indonesia Dakwa Ebit Lakukan Gangguan Seksual & Tunggang Agama

Pada 15 September 2023, Caprice yang juga aktivis kemanusiaan dipercayai memuat naik rakaman video menampilkan Mondy sebagai tetamu jemputan.

Plaintif mendakwa, rakaman itu antara lain membawa maksud Ebit melakukan gangguan seksual dan mengambil kesempatan terhadap Mondy, selain seorang yang tidak bertanggungjawab serta penunggang agama.

Plaintif mendakwa Caprice yang juga defendan pertama, menerbitkan rakaman terbabit dengan berniat jahat tanpa mendapatkan pengesahan daripadanya atau peguamnya terlebih dahulu.

Video Diterbit Caprice Undang Kecaman Netizen Terhadap Ebit Lew

Perkongsian video itu turut didakwa mengundang banyak komen negatif, cacian dan makian daripada pengikut akaun YouTube Caprice.

Baca Artikel Berkaitan: Ebit Lew Dapat Perintah Injuksi, Mahkamah Arah Caprice & Mondy Padam Video Podcast

Baca Artikel Berkaitan: “Ia Tiada Asas”- Ebit Lew Buat Laporan Polis, Dakwa Difitnah Melampau

Tidak Bersetuju Dengan Keputusan Mahkamah, Caprice Akan Rayu Keputusan Saman Ebit Lew

Dalam pada itu, Caprice menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya memaklumkan bahawa pihaknya akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen Shah Alam yang memerintahkannya membayar ganti rugi RM220,000 kepada Ebit.

“Apa khabar semua? Saya ada berita buruk. Berita yang benar-benar buruk. Kami kalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam, 2-0. Jadi, saya telah mengarahkan peguam saya untuk merayu keputusan hari ini.

“Kami tidak bersetuju dengan keputusan itu. Moga-moga, insya-Allah, dekat Mahkamah Tinggi kita ada peluang yang lebih baik,” katanya.

Jelas Caprice, dia sebelum ini pernah berdepan keputusan tidak memihak kepadanya di Mahkamah Sesyen yang sama. Bagaimanapun, keputusan itu berubah selepas kes tersebut dibawa ke peringkat Mahkamah Tinggi.

View this post on Instagram

A post shared by Ariz Ramli (@capricedaddycap)

Baca Artikel Berkaitan: “Boleh Percaya Ke?”- Netizen Ragu-Ragu Dengan Pendedahan Mondy Tatoo Tentang ‘Ustaz’ [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Mondy Tatto Buka Tudung, Tayang Perangai Asal Semula [Video]

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved