Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) kini sudah mencapai 95.08% kemajuan keseluruhan bagi Fasa 1 setakat Julai 2026. Pengangkutan awam mega ini berada dijangka siap sepenuhnya pada Disember 2026 dan bakal memulakan operasi pada Januari 2027, atau mungkin lebih awal lagi iaitu Disember 2026 ini jika semuanya berjalan dengan lancar.

Bagi mereka yang selalu hadap jammed teruk berjam-jam kat Lebuhraya Pantai Timur (LPT) setiap kali musim perayaan, ini adalah berita baik yang pastinya ditunggu-tunggu!
Jom baca lebih lanjut mengenai projek ECRL ini di bawah.

Apa itu ECRL?
ECRL adalah singkatan bagi East Coast Rail Link, atau dalam bahasa Melayu, Laluan Rel Pantai Timur.
Ia merupakan sebuah projek landasan kereta api laju untuk menghubungkan Pantai Barat (Kuala Lumpur/Selangor) dengan Pantai Timur Semenanjung Malaysia (Pahang, Terengganu, dan Kelantan).
Projek perasmian dan pecah tanah projek ini telah dilakukan pada Ogos 2017 dan dijangka siap pada penghujung 2026.
Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), mengumumkan projek ECRL ini dijadualkan beroperasi secara komersial pada Januari 2027 dari Kota Bharu, Kelantan ke Terminal Bersepadu Gombak, Selangor.

Berikut ialah gambar-gambar rekaan dalaman ECRL:






ECRL bukan kereta api berkelajuan tinggi
ECRL (Laluan Rel Pantai Timur) bukanlah kereta api berkelajuan tinggi. Ia adalah projek infrastruktur rel yang bertujuan untuk menghubungkan kawasan di pantai timur dengan pantai barat Malaysia, tetapi tidak dikategorikan sebagai kereta api berkelajuan tinggi seperti yang terdapat di beberapa negara lain.
Kelajuan maksimum bagi tren penumpang ECRL adalah 160 km/j, manakala untuk tren kargo adalah 80 km/j.
Boleh Tampung Hingga 10,000 Penumpang Sehari
Pada peringkat awal operasi nanti, dianggarkan sebanyak 10 set tren akan digunakan. Setiap tren mampu membawa sekitar 425 penumpang dalam satu-satu masa. Secara keseluruhan, ECRL mampu membawa sehingga 10,000 orang sehari.
Reka bentuk stesen-stesen utama (seperti Stesen Gombak yang dah 98.96% siap) juga direka cantik dengan mengambil inspirasi daripada warisan dan budaya tempatan negeri masing-masing.
Status Terkini Projek ECRL
- Kemajuan Pembinaan: Projek ECRL telah mencapai kemajuan pembinaan sebanyak 91.7% setakat Januari lalu.
- Jadual Pengoperasian: Pengoperasian komersial dijadualkan bermula pada Januari 2027, dengan tiada perubahan untuk memulakan operasi lebih awal.
- Fasa Ujian dan Pentauliahan: Projek kini memasuki fasa ujian dan pentauliahan, termasuk Ujian Integrasi Sistem (SIT) dan Fault-Free Run (FFR) untuk memastikan keselamatan dan kebolehpercayaan operasi.
- Penghantaran Tren: Dua set Electric Multiple Units (EMU) dan dua lokomotif elektrik (E-Loco) telah tiba di Malaysia dan akan menjalani ujian menyeluruh sebelum digunakan.
- Penyambungan Elektrik: Semua stesen feeder 132kV sepanjang jajaran Kota Bharu-Gombak telah diaktifkan, menandakan penyelesaian rangkaian bekalan kuasa utama untuk ECRL.
Laluan ECRL
Laluan ECRL terdiri daripada beberapa stesen utama yang menghubungkan kawasan-kawasan di Pantai Timur dengan Lembah Klang. Berikut adalah laluan yang terlibat dalam projek ECRL:
Senarai stesen ECRL:
- Kelantan
- Kota Bharu
- Pasir Puteh
- Terengganu
- Jerteh
- Bandar Permaisuri
- Kuala Terengganu
- Dungun
- Kemasik
- Chukai
- Pahang
- Cherating
- Kuantan Port City
- KotaSAS
- Paya Besar
- Maran
- Temerloh
- Bentong
- Selangor
- ITT Gombak
- Bandar Serendah
- Puncak Alam
- Kapar
- Jalan Kastam (Port Klang)

Gombak ke Kelantan Cuma 4 Jam Sahaja!
Sekarang kalau nak balik Kota Bharu boleh makan masa sampai 7 hingga 12 jam (kalau waktu raya, faham-faham je lah) kan?
Tetapi dengan kewujudan ECRL nanti, masa perjalanan dari Gombak ke Kota Bharu kepada 4 jam sahaja. Manakala perjalanan Kuala Terengganu–Gombak sekitar 3 jam dan Kuantan–Gombak sekitar 1 jam 35 minit.
- Kota Bharu ➡️ Kuala Terengganu: 1 Jam
- Kuala Terengganu ➡️ Kuantan: 1 Jam 25 Minit
- Bentong ➡️ Gombak: 20 Minit
- Kuantan ➡️ Bentong: 1 Jam 15 Minit

Berapa Harga Tiket Rasmi?
Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) menjelaskan bahawa maklumat mengenai kadar tambang ECRL akan diumumkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia setelah proses penilaian dan kelulusan berkaitan dimuktamadkan.
Penetapan kadar tambang ECRL kelak akan mengambil kira kepentingan rakyat, kemampuan pengguna serta nilai dan kualiti perkhidmatan yang bakal ditawarkan.
ECRL bukan sahaja menawarkan pilihan pengangkutan baharu kepada rakyat, malah bakal membawa perubahan besar kepada mobiliti antara Pantai Timur dan Lembah Klang.
Maklumat lanjut
Untuk pengumuman dan perkembangan terkini mengenai projek Projek Laluan Rel Pantai Timur ini, sila layari:
- Laman Web Rasmi Pemilik Projek: Malaysia Rail Link (MRL)
- Portal Maklumat Projek: Laman Web Rasmi ECRL
- Saluran Info Kementerian Pengangkutan: Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT)
- Facebook East Coast Rail Link – ECRL
Soalan Lazim ECRL
Bila ECRL akan mula beroperasi sepenuhnya?Projek ECRL dijadualkan untuk beroperasi pada Disember 2026 atau Januari 2027.
Berapakah harga tiket/tambang ECRL?Belum ada harga rasmi. Kadar tambang sebenar sedang diperhalusi dan hanya akan diumumkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia selepas mendapat kelulusan rasmi. Kerajaan memberi jaminan harganya akan kekal berpatutan.
Berapa lajukah tren ECRL ini bergerak?Tren Penumpang: Boleh memecut sehingga kelajuan maksimum 160 km/j.
Tren Kargo (Barangan): Bergerak pada kelajuan maksimum 80 km/j.
Tiket ECRL boleh dibeli secara dalam talian melalui laman web rasmi MRL. Selain itu, tiket juga boleh dibeli di kaunter stesen ECRL apabila ia beroperasi.





