ECRL: ‘Harga tiket? Tunggu pengumuman nanti’

LocalBusiness & Finance
14 Aug 2026 • 1:52 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ECRL: ‘Harga tiket? Tunggu pengumuman nanti’

GOMBAK – “Harga tiket akan diumumkan sebelum (mula) beroperasi, bukan hari ini,” kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke ketika ditanya mengenai harga tiket perkhidmatan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Beliau berkata, kerajaan juga masih belum menetapkan sebarang anggaran atau lingkungan harga tiket berkenaan, buat masa ini.

“Tak ada anggaran harga lagi, okey. Tunggulah pengumuman,” ujarnya di Majlis Peluncuran Tren Pemeriksaan Komprehensif, Pengenalan Konsep Reka Bentuk Stesen-Stesen Utama ECRL, Permulaan Ujian Integrasi Sistem dan Ujian Keselamatan Operasi Bebas Kerosakan Projek ECRL, di Stesen ECRL Gombak, hari ini.

Mengulas lanjut Anthony berkata, lima set tren ECRL sudah tiba di Malaysia, manakala selebihnya pula dalam beberapa bulan akan datang.

“Semua tren sebelum ini menjalani pelbagai ujian di China. Kita ada 10 set tren, boleh ambil 425 penumpang.

“Jadi kalau satu set jalan dua tiga ‘trip’ sehari, kapasiti mungkin sekitar 10,000 penumpang sehari,” jelasnya.

Anthony berkata, persediaan tenaga kerja untuk ECRL juga sudah dimulakan kira-kira dua tahun lalu, termasuk latihan di China, dan kebanyakan kakitangan kini berada pada fasa akhir persediaan sebelum operasi.

Terdahulu KOSMO! melaporkan, Anthony ‘mencabar’ Malaysia Rail Link dan China Communications Construction Company Ltd untuk menyiapkan baki kira-kira lima peratus projek ECRL seawal Disember ini.

Perkhidmatan ECRL sebelum ini disasarkan mula beroperasi pada Januari 2027, namun kata Anthony, pembukaan lebih awal projek yang telah siap sebanyak 95.08 peratus setakat Julai lalu itu, wajar diusahakan bersempena cuti persekolahan dan hujung tahun.

ECRL sepanjang 665 kilometer menghubungkan Kota Bharu, Kelantan dengan Gombak, Selangor bagi jajaran Fasa 1, dengan pembinaan projek itu melibatkan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor. – KOSMO! ONLINE

The post ECRL: ‘Harga tiket? Tunggu pengumuman nanti’ appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved