ECRL tawar diskaun 30 peratus bulan pertama operasi

LocalSales & Promo
20 Oct 2026 • 12:07 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ECRL tawar diskaun 30 peratus bulan pertama operasi

KUALA LUMPUR – Pengguna perkhidmatan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bakal menikmati diskaun tambang sebanyak 30 peratus bagi kelas ekonomi sepanjang bulan pertama operasi perkhidmatan itu.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, tawaran berkenaan diberikan sempena pembukaan rasmi ECRL yang dijangka bermula pada 12 Disember ini.

“Sempena pembukaan rasmi yang dijangka bermula pada 12 Disember, untuk bulan pertama orang ramai akan menikmati sebanyak 30 peratus diskaun.

“Selain itu, empat kategori yang diumumkan semalam iaitu Kanak-kanak berusia dua hingga 12 tahun, warga emas berumur 60 tahun ke atas serta golongan Orang Kurang Upaya (OKU) serta pesara kerajaan bakal menikmati diskaun tambang 50 peratus secara tetap,” katanya ketika sidang akhbar Transport Expo Asia 2026 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

The post ECRL tawar diskaun 30 peratus bulan pertama operasi appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved