Eda Ezrin Bakal Keluar Lagu Baru, Banyak Terima Tawaran ‘Show’ Sejak Dibebaskan Dari Penjara

Entertainment
19 Aug 2025 • 5:25 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Selepas hampir 2 minggu ‘berehat’ dan meluangkan masa bersama keluarga, penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Bae Soba Bae’ iaitu Eda Ezrin dijangka bakal kembali aktif dalam dunia seni minggu depan.

Menurut sumber, Eda Ezrin akan mula buat ‘come back’ dengan penggambaran video muzik untuk single terbarunya.

Banyak terima tawaran ‘show’ tapi masih belum sedia keluar dari Kelantan

Jelasnya lagi, sejak dibebaskan dari Penjara Narathiwat pada 7 Ogos lalu, dia ada menerima banyak tawaran persembahan ke Kuala Lumpur, Johor dan beberapa negeri lain.

Namun begitu, Eda Ezrin berkata buat masa ini dia hanya bersedia menerima tawaran persembahan di Kelantan sahaja.

“Saya masih belum bersedia untuk bergerak jauh bagi sebarang persembahan, terutamanya di luar Kelantan.”

image is not available

Selain kembali aktif menyanyi, Eda Ezrin merancang untuk menceburi bidang perniagaan selepas mendapat keizinan daripada suaminya.

“Suami saya akan menemani saya bukan sahaja ketika membuat persembahan, malah turut bersama saya dalam perjalanan perniagaan nanti,” katanya sambil menyusun lirik untuk lagu baharunya.

Untuk rekod, Eda Ezrin, suami bersama 4 lagi individu lain telah dibebaskan dari penjara pada awal bulan ini selepas ditahan selama 9 bulan.

Kesemua 6 individu ini ditahan polis di Sungai Golok dalam satu serbuan di sebuah hotel pada 1 November tahun lalu. Turut dirampas dalam serbuan itu ialah 6,059 pil Yaba.

Sumber : Berita Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved