Edar Sy*bu Guna Aset Tentera: Kapten, Leftenan TUDM Antara 6 Berdepan Hukuman M*ti

27 Nov 2026 • 11:44 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

tudm edar syabu ft

Enam individu termasuk tiga pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dihadapkan ke Mahkamah Majistret selepas didakwa terlibat dalam kegiatan mengedar dadah jenis syabu seberat 96.2 kilogram (kg) menggunakan aset tentera.

Kesemua tertuduh terdiri daripada tiga pegawai TUDM iaitu Leftenan Amir Ariffudin Aminullah, 33; Leftenan Muhammad Arief Fauzan Mohd Ali, 27; Kapten Muhammad Amirul Faisall Rosdin, 34, serta tiga orang awam, Tan Sui Seng, 48; Nur Hanis Syafiqah Muhammed Amin, 28; dan Afifah Amdas, 34.

Mereka hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Wan Noora Nisa Ngadirin, hari ini. Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan kerana kes berkenaan berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, keenam-enam mereka didakwa secara bersama mengedar dadah jenis methamphetamine atau syabu seberat 96.2kg di Pangkalan TUDM Subang pada jam 6.50 petang, 17 November lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh berdepan hukuman mati atau penjara seumur hidup. Sekiranya tidak dijatuhi hukuman mati, mereka juga boleh dikenakan tidak kurang 15 sebatan.

927199803 17999879556101614 1409313469760817544 n 934023898 17999879634101614 8991554031541554378 n

Dalam prosiding sama, mahkamah tidak membenarkan sebarang jaminan terhadap kesemua tertuduh. Sebutan kes ditetapkan pada 23 Februari tahun depan bagi tujuan penyerahan dokumen.

Difahamkan, pendakwaan terhadap enam individu terbabit merupakan susulan penahanan 13 individu, terdiri daripada tujuh pegawai dan anggota TUDM serta enam orang awam dalam operasi di sekitar Lembah Klang dan Labuan antara 17 hingga 19 November lalu.

Selain enam individu yang didakwa hari ini, tujuh lagi suspek dikenakan tindakan mengikut Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985.

Sumber: Berita Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved