
HANGZHOU: Altet kelahiran Sabah, Eddy Bernard menceriakan kem olahraga negara apabila menyumbang pingat perak dalam acara 100 meter (m) lelaki T44 (kecacatan fizikal) di Sukan Para Asia Hangzhou 2022, di sini, pada Selasa.
Pada aksi final di Stadium Pusat Sukan Huanglong itu, Eddy menamatkan saingan di kedudukan kedua dengan mencatatkan masa 11.86 saat (s), ketinggalan 0.26s di belakang pemenang pingat emas, Nuwan Indika Gamage dari Sri Langka.
Pingat gangsa menjadi milik atlet Arab Saudi, Nour Mohammed S Asana dengan catatan 12.07s.
Eddy menyumbang pingat kedua untuk kem olahraga negara selepas pingat gangsa oleh atlet lontar peluru wanita, Noor Imanina Idris, Isnin lalu.
SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more Kejayaan Eddy, 22, itu sekali gus mengubat kekecewaannya pada penampilan edisi 2018 Jakarta-Palembang apabila beliau tidak berjaya melangkah ke saingan akhir.
“Saya sasarkan emas pada mulanya namun berlaku kesalahan false start oleh atlet lain tadi jadi ia sedikit menggangu.
“Apa pun saya puas hati dengan kejayaan perak ini dan akan meletakkan fokus sepenuhnya pada acara seterusnya,” katanya kepada Bernama.
Pemenang pingat emas acara lompat jauh T44 Sukan Para Asia 2018 itu kini meletakkan misi mempertahankan pingat emasnya pada Jumaat ini.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

