“Edi janji nak bawa tunai umrah” – Pelajar Pintar PhD M*ut Kereta Terjunam Dalam Tasik UMK

3 Dec 2025 • 5:14 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Seorang pelajar Doktor Falsafah (PhD) maut selepas kereta yang dipandunya terbabas dan dipercayai hilang kawalan sebelum terjunam ke dalam tasik di kawasan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Jeli, pada petang Selasa.

Mangsa iaitu Muhammad Amidee Abdullah, 25, meninggal dunia di lokasi kejadian manakala rakannya yang berjaya keluar menyelamatkan diri kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tanah Merah.

Hajat bawa ibu bapa tunai umrah tidak kesampaian

Lebih memilukan apabila ibu mangsa, Saidah Sulaiman, 51, mendedahkan bahawa arwah yang melanjutkan pengajian PhD Mineralogi di Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi UMK pernah berjanji untuk membawa mereka menunaikan umrah sebaik sahaja tamat pengajiannya tahun depan.

“Edi (panggilan mesra arwah) janji lepas tamat pengajiannya tahun depan, nak bawa saya dan bapanya menunaikan umrah tapi siapa sangka ajalnya tiba dulu,” kata Saidah.

image is not available

Artikel berkaitan: “Saya risau nampak ada budak” – Pelajar UNIMAS Bertindak Berani Selamatkan Mangsa Kereta Masuk Tasik

Artikel berkaitan: Rempuh Tempat Duduk Penonton, 9 Orang Cedera Dalam Insiden Kereta Terbabas

Saidah menyifatkan anaknya seorang yang sangat bertanggungjawab serta pintar dan disebabkan itu, arwah mampu melanjutkan pengajian di peringkat PhD secara fast track selepas ijazah sarjana muda di universiti yang sama.

“Edi cakap, dia juga ingin baiki rumah kami sebaik tamat pengajian hujung tahun hadapan.

“Bagaimanapun hasratnya tidak kesampaian dan kami menerima berita yang mengejutkan sebegini… reda memang reda tapi masih lagi tak dapat terima,” katanya sambil mengalirkan air mata.

image is not available

Menurut laporan awal, kedua-duanya difahamkan dalam perjalanan keluar untuk mengisi petrol sebelum kereta itu terbabas.

Saidah memberitahu, sebelum keluar dari rumah untuk ke UMK pagi semalam, arwah yang merupakan anak ketujuh daripada lapan beradik itu sempat mencium dan bersalam dengannya.

Jenazah Muhammad Amidee selamat dikebumikan kira-kira 11.30 pagi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Chawas.

Sumber: Harian Metro

Sumber: Kosmo!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.