Edika Yusof Muat Naik Gambar Bersama Bekas Isteri, Netizen Doa Kembali Bersatu

EntertainmentLifestyle
29 Jul 2025 • 10:08 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon popular era 90-an, Edika Yusof mencuri perhatian ramai apabila berkongsi sekeping gambar bersama bekas isterinya, Nor Hidayah Yusri, di Instagram. Dalam foto tersebut, mereka kelihatan duduk bersebelahan sambil tersenyum memandang kamera, mencetuskan rasa teruja dalam kalangan peminat.

Menerusi kapsyen yang disertakan, Edika menulis petikan inspirasi daripada Martha Stewart berkaitan kejayaan dalam perniagaan. Walaupun tiada penjelasan lanjut mengenai status hubungan mereka, ruangan komen dibanjiri dengan ucapan gembira serta doa agar pasangan ini kembali disatukan sebagai suami isteri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Edika Yusof (@edikayusofxx)

Terdahulu, Edika dan Hidayah telah sah bercerai talak satu pada Mei lalu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Mereka mendirikan rumah tangga pada tahun 2003 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Fardeen Nasrulhaq, 21, dan Fereena Nurulhaq, 20.

Perkongsian mesra ini menarik perhatian kerana sebelum ini Edika pernah dipuji ramai atas kesetiaannya menjaga Hidayah ketika mengalami lumpuh, dan menolak untuk berkahwin lain meskipun pernah diberi izin.

image is not available 2025-06-19 16:26:37

Sambut Hari Bapa Bersama, Edika Yusof Tak Tolak Kemungkinan Rujuk Dengan Bekas Isteri - "Jika Ada Jodoh, Saya Terima.."