“Effort mahal” – Ramai Terharu Tengok Video Suami Wanita Ini Buat Surprise ‘Candlelight Dinner’

Entertainment
26 Aug 2025 • 2:41 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Benarlah kata orang, tak kaya tak apa. Yang penting ingatan dan effort seseorang suami itu dalam membahagiakan pasangan dan keluarganya lagi penting, kan?

Baru-baru ini, tular satu video memaparkan seorang suami cuba memberi kejutan buat isterinya sempena ulang tahun perkahwinan mereka.

Di dalam video yang dirakam isteri, dipaparkan wanita itu memasuki rumahnya dan terkejut melihat si suami siap memakai kot (tapi seluar pijama) dan menyalakan lampu oren seakan-akan mereka berada dalam candlelight dinner.

image is not available

Sampai sahaja di meja makan, si suami dilihat telah siap menyediakan makanan untuk dua orang dengan lilin menyala di atas meja. Romantik betul!

Gelagat si suami yang berjenaka dengan isterinya membuatkan netizen geli hati, tambahan pula apabila lelaki itu membawa masuk dessert yang dinamakan ‘banana aiskrim plato’.

“Dia yang candlelight dinner, aku yang suka”

Video berkenaan menerima komen pujian daripada netizen yang terharu melihat kebahagiaan pasangan suami isteri ini. Posting di Threads itu juga menerima komen daripada pelakon, Fazura lagi. Uish!

image is not available

Sumber: Threads

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.