EFL: Carrick berang aksi hambar United

FootballSports
18 Sep 2026 • 9:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: EFL: Carrick berang aksi hambar United

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Michael Carrick menyifatkan kegagalan pasukannya mempertahankan kelebihan dua gol sebagai satu keputusan yang tidak boleh diterima selepas The Red Devils dikejutkan dengan kekalahan 2-3 kepada Brighton & Hove Albion dalam aksi Piala Liga Inggeris (EFL) di Old Trafford, awal pagi semalam.

Tuan rumah sebelum itu bermula dengan garang di hadapan penyokong sendiri apabila pemain muda berusia 19 tahun, Shea Lacey dan pe­rancang tengah, Mason Mount masing-masing meledak gol da­lam tempoh 10 minit pertama perlawanan.

Bagaimanapun, kelebihan itu gagal dipertahankan apabila Brighton mempamerkan kebangkitan luar biasa menerusi jaringan Charalampos Kostoulas, Pascal Gross dan Maxim De Cuyper untuk menyingkirkan United, sekali gus melakar kemenangan kelima Brighton da­ripada enam kunjungan ter­akhir mereka ke gelanggang ke­ramat itu.

Carrick mengakui bertanggungjawab sepenuhnya kekalahan tersebut terutama aksi hambar pasukannya terutama pada separuh masa kedua.

“Kami tidak boleh menerima kekalahan dan saya mengambil tanggungjawab sepenuhnya, terutamanya persembahan longlai pada penghujung babak kedua yang berpunca daripada kesilapan saya.

“Kami semua perlu ber­aksi lebih baik. Sekarang kami sudah tersingkir daripada pertan­dingan ini dan perlu kembali mencari rentak kemenangan secepat mungkin. Suasana ketika ini memang amat mengecewakan,” katanya.

Kekalahan itu menyaksikan United hanya meraih dua kemenangan daripada enam perlawanan dalam semua pertandingan musim ini.

Mengulas mengenai masa depannya, Carrick menegaskan tidak berasa terancam de­ngan kedudukannya terutama permulaan hambar.

“Saya tidak rasa tertekan. Saya faham apa yang berlaku di luar dan bagaimana dunia bola sepak berfungsi, tetapi perkara itu tidak mengganggu fokus saya,” katanya. – AGENSI

The post EFL: Carrick berang aksi hambar United appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved