Eira Syazira Kongsi Anak Menangis Terkesan Dengan Isu Azad Jazmin

Entertainment
7 Mar 2025 • 10:26 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Anak dan isteri turut terkena tempias impak perbuatan Azad Jazmin dan dua lagi penyampai radio ERA FM iaitu Nabil Ahmad dan Radin yang tular sehingga disiasat pihak berkuasa.

Menerusi perkongsian isteri Azad iaitu pelakon Eira Syazira di media sosialnya, anak sulung mereka iaitu Amarra Sofea Rose menangis susulan isu yang sedang melanda bapanya.

Pada ruangan kapsyen video tersebut, aktres itu menitipkan nasihat buat puterinya agar sentiasa bersabar dengan ujian yang menimpa.

image is not available

“Sabarlah wahai anakku intan patung mom dan dad. Jadilah anak yang kuat bukan kerana dunia ini mudah tetapi kerana awak lebih hebat dari setiap cabarannya.

“Percayalah sayangku, setiap ujian itu mendidik jiwa dan setiap kesabaran pasti membawa kemenangan. Percayalah, insya-Allah,” tulisnya.

Dalam hantaran video itu turut dikongsikan komen daripada seorang individu berbangsa India yang telah pun menerima permohonan maaf mereka.

“Saya bangsa India, saya setuju memaafkan mereka. Kita semua manusia, biasa buat salah dan bertolak ansur.

“Mereka pun ada keluarga, ingat anak isteri mereka. Kalau hilang kerja macam mana?”

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan kata-kata semangat dan meminta Amarra kuat dalam tempoh ini.

Pada masa yang sama, netizen juga menyatakan sokongan terhadap penyampai radio yang terlibat dan mendoakan agar isu ini dapat diselesaikan secara baik.

Terdahulu, Eira Syazira menyatakan dia turut menerima kecaman daripada netizen yang tidak berpuas hati dengan tindakan suami dan dua penyampai radio itu.

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.