Ejen penarik kereta ditahan, 6,000 pil yaba bernilai RM60,000 dirampas - Polis

13 Jul 2026 • 7:46 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Ejen penarik kereta ditahan, 6,000 pil yaba bernilai RM60,000 dirampas - Polis

KOTA BHARU, 13 Julai: Polis menahan seorang ejen penarik kereta dan merampas 6,000 biji pil yaba bernilai kira-kira RM60,000 dalam serbuan di Jalan Kubang Batang, Wakaf Bharu, Tumpat pada Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Tumpat ACP Mohd Khairi Shafie berkata lelaki tempatan berusia 35 tahun itu ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat pada 3.30 petang ketika berada di dalam kereta Perodua Axia.

“Pemeriksaan ke atas kereta itu menemukan satu bungkusan mengandungi 30 paket plastik pil yaba dengan anggaran berat 610 gram,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd Khairi berkata saringan air kencing suspek didapati negatif dadah.

Suspek direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Mohd Khairi menyeru orang ramai supaya terus bekerjasama menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah kepada polis.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved