Ekosistem lemah punca ketandusan filem menarik- Razaisyam

LocalMovie
14 Sep 2026 • 1:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Ekosistem lemah punca ketandusan filem menarik- Razaisyam

PETALING JAYA: Pengarah, Razaisyam Rashid, mendedahkan bahawa kelemahan ekosistem industri menjadi antara punca wujudnya satu tempoh di mana filem tempatan hampir ketandusan karya berkualiti.

Razaisyam Rashid, 41, berkata, keadaan itu bukan berpunca daripada pembikin filem semata-mata tetapi melibatkan keseluruhan rantaian industri.

“Bukan daripada pembikin sahaja, semua ini berlaku atas sebab ekosistem. Daripada pembikin filem, syarikat produksi, eksekutif studio, pihak yang mengendalikan pawagam, pengedar, pasukan pemasaran, wartawan, pengulas, pencinta filem, pengkritik filem dan penonton.

“Semua ini tidak akan berlaku kalau ekosistem itu sendiri lemah. Bukan kerja sehari dua tetapi mengambil masa berdekad,” katanya menerusi satu hantaran di Threads miliknya.

Tambah Razaisyam, usaha membina ekosistem yang kukuh memerlukan masa dan komitmen tinggi sehingga ada yang tidak sempat menyaksikan hasil daripada usaha yang dimulakan lebih awal.

“Sampai ada yang tidak sempat melihat hasil daripada apa yang mereka mulakan dahulu. Harap kita akan pergi lebih jauh lagi,” katanya.

Hantaran itu dibuat selepas dia berkongsi semula kenyataan dimuat naik oleh seorang pengguna Threads yang mengimbau satu tempoh ketika filem Malaysia hampir tidak mempunyai karya yang dianggap cukup baik untuk dibanggakan di pawagam.

Untuk rekod, Razaisyam merupakan alumni Universiti Malaya dan pernah mengarah filem aksi yang mendapat sambutan mega daripada penonton seperti Tarung: Unforgiven yang meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM20.3 juta di pawagam seluruh negara.

The post Ekosistem lemah punca ketandusan filem menarik- Razaisyam appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved