Finas lebih pantas, telus perkasa industri filem – Fahmi Fadzil

LocalMovie
25 Aug 2026 • 12:12 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Finas lebih pantas, telus perkasa industri filem – Fahmi Fadzil

SUNGAI BULOH – Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) disaran memanfaatkan pindaan Akta Finas serta Dasar Filem Negara 2026-2035 bagi membina ekosistem perfileman yang lebih tersusun, mampan dan melindungi kebajikan penggiat industri.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil, berkata, kelulusan pindaan ketiga Akta Finas di Parlimen pada 2025 merupakan antara pencapaian penting dalam memastikan peranan agensi itu kekal relevan dengan perubahan landskap kandungan digital, termasuk perkhidmatan atas permintaan dan platform penstriman (OTT).

“Pindaan undang-undang bukan matlamat akhir, paling penting adalah bagaimana kuasa dan tanggungjawab tersebut digunakan untuk membina industri yang lebih teratur.

“Malah ini juga bagi melindungi kepentingan pekerja serta memastikan Finas kekal relevan dalam tempoh 10 tahun akan datang,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Menara Finas Damansara, di sini, hari ini.

Perasmian yang disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut dihadiri Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Hans Isaac dan Ketua Pegawai Eksekutif Finas, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib.

Menurut Fahmi lagi, Dasar Filem Negara 2026-2035 menggariskan empat teras utama termasuk memperkukuh ekosistem perniagaan kandungan filem, televisyen dan
OTT daripada peringkat penciptaan sehingga tontonan.

Katanya, dasar itu turut memberi tumpuan menjadikan Malaysia sebagai hab produksi dan animasi pilihan menerusi insentif kompetitif, kemudahan produksi bertaraf dunia, produksi maya, fasilitasi sehenti, kerjasama produksi antarabangsa dan pemindahan teknologi.

“Saya menetapkan tiga jangkaan operasi kepada Finas, iaitu mempermudah urusan industri melalui proses pelesenan, dana dan maklum balas yang lebih pantas, jelas serta telus.

“Antara lain memanfaatkan sepenuhnya kemudahan di Menara Finas dan Kompleks Studio Merdeka dan ketiga, membangunkan ekosistem yang mampan,” ujarnya.

Fahmi berkata, selain pelesenan, kebajikan tenaga kerja dalam industri kreatif tidak boleh dipinggirkan memandangkan kerajaan mahu tenaga profesional, kompeten dan dilindungi melalui kontrak standard, pembayaran secara adil, pelindungan sosial serta peluang pendidikan berterusan..

Katanya, ukuran kejayaan pelbagai dana yang disediakan kerajaan tidak seharusnya hanya berdasarkan jumlah peruntukan yang disalurkan.

“Ukuran kejayaan dana ini mestilah pada karya yang siap, bakat yang berkembang dan pasaran yang berjaya ditembusi.

“Proses pelesenan juga akan dipermudah dan didigitalkan tanpa menjejaskan kebajikan pekerja, selain hak cipta serta pengukuhan kandungan. – KOSMO! ONLINE

The post Finas lebih pantas, telus perkasa industri filem – Fahmi Fadzil appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved