PM Anwar mahu industri seni lebih terbuka -“Tidak bermakna kita harus ikut acuan barat”

PoliticsMovie
24 Aug 2026 • 6:07 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu ruang lebih bebas dan terbuka diberikan kepada penggiat industri seni, khususnya pembikin filem, bagi memastikan industri berkenaan terus berkembang dan kekal relevan.

Keterbukaan perlu sesuaikan dengan nilai

Memetik laporan daripada Buletin TV3, beliau menyatakan keterbukaan itu bagaimanapun perlu disesuaikan dengan nilai, budaya dan akhlak masyarakat, selain mengekalkan identiti ketimuran.

“Kalau mahu negara ini maju, tentu kita harus terima kenyataan bahawa anak-anak muda dan khalayak inginkan satu suasana bebas dan terbuka, (tetapi) tidak bermakna kita harus ikut acuan barat.
“Acuan timur itu tidak semestinya neo-konservatif, (sebaliknya) harus kekal budaya, nilai akhlak tapi harus lebih terbuka kerana kalau agak terlalu tertutup, saya bimbang industri seni negara khususnya filem tidak akan berkembang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Menara Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) di Damansara Damai, hari ini.

Turut hadir Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil, Timbalannya, Teo Nie Ching serta Pengerusi FINAS, Datuk Dr Hans Isaac.

Image from: PM Anwar mahu industri seni lebih terbuka -“Tidak bermakna kita harus ikut acuan barat”

Kerjaaan sedia ruang perbincangan lebih terbuka

Dalam pada itu, Anwar turut memberi jaminan kerajaan akan menyediakan ruang perbincangan lebih terbuka bersama penggiat industri bagi memastikan sokongan sewajarnya dapat diberikan.

“Saya mahu Malaysia diangkat kerana kekuatan ekonomi dan budaya diperkasa, termasuk industri filem sebab itu peruntukan kita tambah filem, teater, sastera, seni ini beri corak berbeda memberi kekuatan kepada kita.
“Selain itu saya percaya rundingan dialog, (Menteri Komunikasi) Fahmi dan rakan-rakan mendengar mencari jalan memperbaiki dari semasa ke semasa,” katanya lagi.

Menurut Anwar, kerajaan turut memberi perhatian terhadap kemajuan industri seni yang bakal terkandung dalam Belanjawan 2027.

“Saya di peringkat akhir melakar strategi Belanjawan negara, Insya-Allah Oktober (pembentangan belanjawan) dan saya yakin selain daripada kemelut ekonomi kita bicarakan dan usaha penumpuan kemajuan ekonomi, kos sara hidup, masalah rakyat.
“Kita juga harus mahu rakyat bangga dengan negara indah, gemilang, hebat dan cemerlang seni budaya dan filem,” katanya.

Image from: PM Anwar mahu industri seni lebih terbuka -“Tidak bermakna kita harus ikut acuan barat”

Sumber: Buletin TV3 (Fareez Azman)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved