Eksport minyak Iraq cecah paras tertinggi sejak perang tercetus

WorldBusiness & Finance
16 Aug 2026 • 11:30 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Eksport minyak Iraq cecah paras tertinggi sejak perang tercetus

BAGHDAD: Purata eksport minyak harian Iraq pada Ogos mencecah paras tertinggi sejak tercetusnya perang di Asia Barat yang menyebabkan laluan Selat Hormuz terjejas.

Menteri Minyak Iraq, Bassem Mohammed Khudair berkata, eksport sejak awal bulan ini mencapai kadar dua juta tong sehari, dengan jumlah keseluruhan kira-kira 26 juta tong.

Beliau berkata, kadar eksport itu dicatatkan buat kali pertama sejak krisis bermula pada 28 Februari susulan serangan AS-Israel ke atas Iran, yang kemudian bertindak menyekat laluan perairan penting bagi perdagangan minyak dan gas global itu.

Sebelum perang, Iraq mengeluarkan kira-kira empat juta tong minyak sehari dan mengeksport purata 105 juta tong sebulan, kebanyakannya melalui terminal minyak Basra menerusi Selat Hormuz.

Ketua Pertubuhan Pemasaran Minyak Negara Iraq (SOMO), Ali Nizar dalam wawancara televisyen minggu lalu berkata, Iraq mengeksport antara 35.5 juta hingga 37 juta tong minyak melalui Selat Hormuz pada Julai.

Sebanyak tujuh juta tong lagi dieksport melalui saluran paip ke pelabuhan Ceyhan di Turkiye.

Menurut data SOMO, Iraq mengeksport lebih 32 juta tong minyak mentah menerusi beberapa laluan pada Mei dan Jun, termasuk lebih 20 juta tong dari pelabuhan di selatan negara itu.

Iraq, yang merupakan anggota pengasas Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC), terpaksa menghentikan pengeluaran di kebanyakan tapak ketika perang walaupun selepas takungan minyak mula dipenuhi.

Susulan gangguan di laluan perairan itu, Iraq mula mengeksport minyak mentah menggunakan lori tangki melalui Syria, selain menerusi saluran paip ke Turkiye.-AFP

The post Eksport minyak Iraq cecah paras tertinggi sejak perang tercetus appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved