El Nino bawa spesies eksotik ke California 

Environment
19 Oct 2026 • 12:30 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: El Nino bawa spesies eksotik ke California 

SACRAMENTO: Fenomena Super El Nino ekstrem tahun ini menarik kemunculan pelbagai spesies eksotik yang jarang ditemukan ke perairan California.

Lapor Reuters, ikan longfin bigeye dikesan buat pertama kali di California bulan lalu, manakala penyu laut  dilaporkan pertama kali bertelur di pantai negeri itu. 

Ular laut perut kuning berbisa ditemukan terdampar di pantai, manakala jerung paus dan jerung tukul kembali berenang di perairan berhampiran pesisir selepas lebih 15 tahun menghilang.

Antara spesies lain yang turut muncul ialah ikan terbang dan pari manta.

Pemandangan luar biasa itu banyak dirakam dan disaksikan orang ramai menerusi penggunaan dron serta teknologi video.

California sebelum ini turut mengalami gelombang haba marin luar biasa sejurus sebelum ketibaan fenomena Super El Nino itu. Fenomena tahun ini berlaku serentak dengan beberapa siri taufan di timur Lautan Pasifik. 

Ia sekali gus menyumbang kepada kenaikan paras laut dan ombak besar yang memusnahkan rumah serta menghakis pasir di beberapa pantai di selatan California hingga pihak berkuasa mengisytiharkan darurat.

Bagaimanapun, fenomena itu membawa hasil lumayan kepada perniagaan seperti Dana Wharf Sportfishing & Whale Watching.

Pemilik bersamanya, Donna Kalez berkata, pemancing berjaya menangkap 5,000 ekor tuna sirip kuning tahun ini, berbanding hanya dua ekor pada tahun lalu. 

Mereka turut memperoleh ikan wahoo dan dorado yang juga dikenali sebagai mahi-mahi, iaitu ikan berwarna hijau dengan kepala tumpul yang menyerupai jentolak.

“Suasananya memang meriah. Nelayan sangat menyukainya. Saya sendiri sama teruja seperti orang lain kerana keadaannya memang luar biasa sekarang,” kata Naib Presiden Penjagaan Haiwan di Aquarium of the Pacific di Long Beach, Nate Jaros.

The post El Nino bawa spesies eksotik ke California  appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved