MTL dijangka lebih awal ekoran El Nino, hujan lebih rendah

LocalEnvironment
1 Oct 2026 • 8:12 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: MTL dijangka lebih awal ekoran El Nino, hujan lebih rendah

KUALA NERUS: Monsun Timur Laut (MTL) dijangka bermula lebih awal tahun ini ekoran pengaruh fenomena El Nino namun keadaan itu tidak bermakna risiko hujan lebat dan banjir di Pantai Timur boleh dipandang ringan.

Pensyarah Fakulti Sains dan Sekitaran Marin Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr. Chung Jing Xiang berkata, MTL yang berlaku serentak dengan El Nino lazimnya bermula lebih awal dan mencatatkan purata jumlah hujan lebih rendah berbanding kebiasaan.

“Secara amnya MTL bila bertembung dengan kejadian El Nino, ia bermula lebih awal daripada kebiasaan dan seiring dengan kebiasaan El Nino, kita boleh menjangkakan purata jumlah hujannya lebih rendah.

“Namun, kejadian hujan melampau semasa MTL tidak boleh diukur semata-mata menggunakan fenomena El Niño-Southern Oscillation (ENSO),” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Menurutnya, hujan ekstrem yang boleh mencetuskan banjir turut dipengaruhi beberapa gangguan atmosfera lain yang berskala kecil dan mempunyai tempoh hayat lebih pendek.

Katanya, antara fenomena yang boleh menyumbang kepada kejadian hujan melampau adalah luruan sejuk, Ayunan Madden-Julian (MJO) dan pembentukan Lekukan Borneo (Borneo Vortex).

“Hujan ketika MTL sepatutnya berkurangan disebabkan kejadian El Nino yang sedang berlaku namun kita tidak harus bersikap sambil lewa terhadap risiko yang mungkin dibawa oleh MTL.

“Hujan lebat dan banjir masih boleh berlaku disebabkan gangguan atmosfera lain yang mampu menyebabkan hujan melampau,” katanya.-UTUSAN.

The post MTL dijangka lebih awal ekoran El Nino, hujan lebih rendah appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved