El Nino: Bekalan air di Perlis, Kedah kritikal

LocalEnvironment
18 Aug 2026 • 4:02 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: El Nino: Bekalan air di Perlis, Kedah kritikal

JOHOR BAHRU: Situasi bekalan air di beberapa kawasan utara tanah air khususnya di Perlis, Kedah dan Labuan berada pada tahap kritikal susulan fenomena El Nino yang sedang melanda negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Datuk Ahmad Faizal Abdul Rahman berkata, Empangan Timah Tasoh, Perlis dan Empangan Muda, Kedah dijangka hanya mampu bertahan selama 50 hari sekiranya tiada taburan hujan dalam tempoh berterusan.

Bagaimanapun, beliau memberi jaminan situasi bekalan air di negeri-negeri lain di seluruh negara secara keseluruhannya masih berada dalam keadaan terkawal.

“Paling kritikal sekarang adalah di Perlis membabitkan Empangan Timah Tasoh, manakala Kedah melibatkan Empangan Muda. Bagi Johor, keadaan mula bertambah baik selepas menerima hujan sejak seminggu dua ini.

“Berdasarkan rekod sejarah, kita menjangkakan fenomena peralihan Monsun Barat Daya kepada Monsun Timur Laut sekitar September hingga Oktober ini akan membawa taburan hujan di kawasan Utara,” katanya selepas Ops Tebrau (pematuhan pengosongan tangki septik secara berjadual) di Jalan Syahbandar 2, Taman Ungku Tun Aminah, di sini hari ini.

Mengulas berhubung pelan kontingensi di Perlis, beliau berkata kerjasama erat telah dijalankan bersama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta syarikat air tempatan bagi mengepam air dari kolam dan tali air berhampiran ke kawasan terjejas.

“Operasi pembenihan awan adalah pilihan terakhir sekiranya keadaan bertambah buruk di lokasi terkesan. Setakat ini, sebanyak empat siri operasi pembenihan awan telah dilaksanakan bermula April hingga awal Julai lalu, terutamanya di kawasan Utara dan Johor.

“Operasi pembenihan awan memerlukan perbelanjaan yang mencecah RM80,000 hingga RM100,000 bagi setiap siri penerbangan. Disebabkan itu, kajian rapi terhadap keadaan awan perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum penerbangan dibuat bagi memastikan pembenihan tersebut mencapai keberkesanan optimum,” katanya.-UTUSAN

The post El Nino: Bekalan air di Perlis, Kedah kritikal appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved