Elak Bayar Hutang, Pelajar Kolej Buat Laporan Palsu Kononnya Dirompak

24 Dec 2022 • 3:33 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Remaja berumur 19 tahun itu membuat laporan polis pada 9.46 malam semalam, mendakwa dirinya dirompak tiga lelaki bersenjata di sekitar Petaling Jaya - Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR - Seorang pelajar kolej swasta berdepan tindakan undang-undang setelah membuat laporan polis palsu bahawa dirinya dirompak dan mengalami kerugian RM10,300 dipercayai bagi mengelak membayar hutang.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid dalam kenyataan berkata remaja berumur 19 tahun itu membuat laporan polis pada 9.46 malam semalam, mendakwa dirinya dirompak tiga lelaki bersenjata di sekitar Petaling Jaya di sini.

Beliau berkata polis kemudian menjalankan siasatan dan mendapati kejadian yang dilaporkan pelajar itu tidak berlaku.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati remaja berkenaan membelanjakan wang simpanan diberikan keluarganya dan alasan disamun juga digunakan untuk tidak membayar wang yang dipinjam daripada rakannya.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga enam bulan atau denda hingga RM2,000 atau dengan kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mohamad Fakhrudin berkata pelajar terbabit tidak ditahan dan pihak polis dalam proses melengkapkan siasatan untuk membuat pertuduhan di mahkamah. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved