Elak bayar tol guna taktik ‘cucuk’ kereta depan, pengendali Lebuhraya Karak dan LPT1 rugi lebih RM20,000 setahun

23 Oct 2026 • 4:59 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Elak bayar tol guna taktik ‘cucuk’ kereta depan, pengendali Lebuhraya Karak dan LPT1 rugi lebih RM20,000 setahun Image from: Elak bayar tol guna taktik ‘cucuk’ kereta depan, pengendali Lebuhraya Karak dan LPT1 rugi lebih RM20,000 setahun liza23/10/2026 - 16:59 Gambar BERNAMA

KUALA LUMPUR 23 Okt – Pengendali Lebuhraya Karak dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) mengalami kerugian lebih RM20,000 setahun akibat kegiatan mengelak bayaran tol yang berterusan.

 

Pengurus Besar AFA Systems and Services Sdn Bhd, Ismaliza Ibrahim berkata syarikat merekodkan hampir 3,000 kes pengguna yang mengelak pembayaran tol setiap tahun, bersamaan purata lapan kes sehari.

 

Beliau berkata, kaedah utama yang digunakan pesalah ialah mengekori rapat kenderaan di hadapan bagi melepasi palang tol sebelum ia tertutup semula.

 

 

 

 

 

 

“Kaedah ini menyumbang kepada 63% daripada kes yang direkodkan,” katanya selepas operasi bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan polis di Plaza Tol Karak.

 

Operasi itu bertujuan mengesan kegiatan mengekori kenderaan untuk mengelak tol, penggunaan lorong tol tanpa kebenaran serta kesalahan lain.

 

Kenderaan Kelas 1 catat kes tertinggi

Ismaliza berkata, kenderaan Kelas 1 merekodkan jumlah kes mengelak pembayaran tol tertinggi, merangkumi 95% daripada keseluruhan insiden.

 

Ia diikuti kenderaan Kelas 2 sebanyak 1.9% dan Kelas 3 sebanyak 1.3%.

 

Operasi berkenaan menyasarkan 37 pesalah berulang daripada pelbagai kelas kenderaan yang dikenal pasti kerap melakukan kesalahan di Plaza Tol Karak, dengan jumlah kerugian terkumpul RM10,600.

 

 

 

 

 

 

Antara kes yang dikesan, sebuah kenderaan melakukan 27 pelanggaran sehingga menyebabkan kerugian RM771.50, manakala sebuah lagi mengelak bayaran tol sebanyak 44 kali, mengakibatkan kerugian RM350.10.

 

Ismaliza berkata, mengikut Seksyen 8 Akta Jalan-Jalan Persekutuan (Pengurusan Persendirian) 1984, individu yang disabitkan atas kesalahan mengelak tol boleh dikenakan denda tidak kurang RM2,000 dan maksimum RM5,000 atau penjara sehingga satu tahun. – BERNAMA

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved