
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu
Saman jalan raya akan dikeluarkan oleh pihak berkuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berdasarkan kepada kesalahan yang dilakukan.
Pun begitu, masih ramai pengguna jalan raya yang mengelak daripada membayar kompaun yang tertunggak memandangkan tiada tindakan tegas dikenakan.
Setakat ini, JPJ mendedahkan terdapat hampir dua juta saman tertunggak yang masih belum dilangsaikan, malah ada yang sudah melebihi 10 tahun.
Baca Artikel Berkaitan: Gara-Gara Parkir Kereta Ke Arah Bertentangan Lalu Lintas, Individu Terima Saman RM100 Di Kampar
Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Tak Pakai Kena Saman” – Kelindan Bas Ingatkan Penumpang Untuk Guna Tali Pinggang Keledar
Jelaskan Saman Tertunggak Sebelum 31 Disember Bagi Elak Senarai Hitam
Terbaharu, JPJ menyeru agar hampir dua juta saman tertunggak dijelaskan sebelum 31 Disember ini.
Pengguna jalan raya yang gagal menjelaskan saman tertunggak dalam tempoh ini bakal disenarai hitam oleh pihak JPJ.
Menurut Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan, terdapat keseluruhan 1,919,859 notis saman tertunggak yang merangkumi:
- 1,458,577 saman kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AwAS).
- 296,684 notis 114 (temu siasat berkaitan ubah suai kenderaan).
- 164,598 notis 115 (pemeriksaan kenderaan).
“Sepanjang tempoh Januari hingga semalam, sebanyak 855,300 notis saman telah diselesaikan menerusi tawaran kadar istimewa atau flat rate yang diperkenalkan kerajaan bermula 1 Januari lepas.
“Namun, angka saman tertunggak masih tinggi dan menunjukkan tahap kesedaran pengguna jalan raya masih rendah,” katanya.
Kompaun Dikenakan Hanya RM150 Berbanding RM300
Tambah Muhammad Kifli, pengguna jalan raya juga bakal menikmati tawaran kadar istimewa dengan bayaran kompaun hanya RM150 menjelaskan saman tertunggak sehingga 31 Disember.
Mereka juga akan dikecualikan daripada Mata KEJARA (Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya).
“Selepas tamat tempoh tersebut, kadar kompaun akan kembali kepada RM300 serta dikenakan Mata KEJARA, manakala pesalah trafik juga akan disenarai hitam,” ujarnya dipetik Awani.
Saman AwAS Paling Kerap Direkodkan, Terbanyak Di Terowong Menora
Mengulas lanjut, Muhammad Kifli menjelaskan bahawa kategori saman yang paling banyak direkodkan ialah saman AwAS.
Lokasi tertinggi kategori saman ini adalah di Terowong Menora, Perak, dengan catatan purata 3,000 saman sehari pada musim cuti persekolahan dan perayaan.
“Negeri paling tinggi jumlah saman ialah Selangor, Perak dan Johor, iaitu antara negeri yang mempunyai paling banyak kamera AwAS.
“Setakat ini, terdapat 49 kamera AwAS yang beroperasi di seluruh negara bagi penguatkuasaan had laju dan lampu isyarat,” katanya.
Tindakan Tegas Akan Dikenakan Jika Saman Tidak Dilangsaikan
Dalam masa sama, Muhammad Kifli turut mendedahkan bahawa terdapat saman tertunggak yang sudah melebihi 10 tahun, terutamanya melibatkan notis 114 dan 115.
Beliau menyeru semua pengguna jalan raya agar segera melangsaikan saman tertunggak dalam tempoh tawaran bagi mengelakkan tindakan lebih tegas di kemudian hari.
“Masih ada lebih kurang tiga bulan lagi. Ambil peluang ini untuk menyelesaikan saman dengan kadar istimewa dan elak daripada dikenakan tindakan lebih berat selepas ini,” katanya.
Semak & Bayar Saman JPJ Secara Dalam Talian
Untuk menyemak saman tertunggak JPJ, anda boleh melakukannya secara dalam talian menerusi cara berikut:
Saman JPJ pula boleh dibayar secara berikut:
- Melalui aplikasi myJPJ, Portal awam JPJ, dan MyEG.
- Di mana-mana Pejabat JPJ Negeri, Cawangan, Pejabat Kecil JPJ dan UTC.
- Kiosk JPJ.
Saman yang tidak boleh dikompaun bagaimanapun perlu diselesaikan di Mahkamah yang ditetapkan dalam notis saman.
Baca Artikel Berkaitan: Anthony Loke Dedah Senarai Pesalah Laku Trafik Tertinggi, Perlu Bayar Saman Dalam Masa 14 Hari
Baca Artikel Berkaitan: “Saman Akan Dihantar Terus Ke Rumah” – Polis PJ Guna Dron Jejak Kesalahan Penunggang Motosikal
Baca Artikel Berkaitan: Pemilik Kenderaan Singapura Wajib Pasang Tag VEP-RFID, Tak Boleh Keluar Malaysia Jika Saman Tertunggak
Source:



![“Laku Betul!” – Gerai Nasi Lemak Di Karnival Nanjing China Diserbu Pengunjung Raih Perhatian [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/food.jpeg)
