
SIPITANG: Sebuah telefon bimbit lama, yang dimasukkan dalam sebuah bekas dan dibungkus kemas menggunakan plastik, ditemui di atas salah sebuah pusara (nama tempat dirahsiakan) semasa kerja gotong-royong membersihkan tanah perkuburan tersebut baru-baru ini.
Apabila diselidik, salah seorang ahli keluarga sebelum itu telah bermimpi yang si mati meminta agar meletakkan peranti elekronik itu di atas pusaranya, konon untuk si mati menghubungi rakan.
Percaya dengan mimpi itu, ahli keluarga tersebut segera melaksanakan permintaan tersebut.
Pengerusi Jawatankuasa Tanah Perkuburan, yang enggan dinamakan, menasihatkan pewaris agar tidak meletakkan atau menyimpan sebarang alat tidak berkaitan di atas pusara.
Dia juga memberitahu, jawatankuasa itu menganjurkan usaha pembersihan tanah perkuburan empat kali setahun melalui kerja kemasyarakatan.



