"Elaun Hadir Parlimen Je RM400 Sehari" - Ini Senarai Gaji & Elaun 'YB' Ahli Parlimen Kita!

Politics
21 Aug 2023 • 12:29 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

Malaysia mempunyai sejumlah 222 Ahli Parlimen yang mewakili rakyat di Sidang Dewan Rakyat menerusi Pilihan Raya Umum Malaysia yang diadakan setiap 5 tahun sekali.

Dengan gelaran Ahli Parlimen atau dipanggil Yang Berhormat (YB) -- sebenarnya golongan ahli politik ini bukanlah menjalankan kerja secara percuma untuk rakyat, sebaliknya mereka menerima sejumlah gaji dan elaun sama seperti pekerjaan lainnya.

image is not available

Ia termasuklah gaji sebagai Ahli Parlimen, kehadiran ke sidang Dewan Rakyat, elaun ke mesyuarat dan banyak lagi -- yang jika dikira boleh mencecah hampir RM40,000.

Di sini kami senaraikan gaji dan elaun Ahli Parlimen menurut infografik yang disediakan Malaysiakini --memetik sumber Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980.

image is not available

Nota: Nilai dan angka ini berdasarkan maklumat sehingga tahun 2020. Mungkin terdapat sedikit sebanyak perubahan. Artikel ini hanya ingin memberi gambaran kasar tentang tangga gaji Ahli Parlimen.

image is not available1. Gaji: RM16,000 sebulan

2. Elaun kehadiran sidang Parlimen: RM400 sehari

3. Mesyuarat/bengkel agensi kerajaan: RM300 sehari

4. Elaun keraian: RM2,500 sebulan

5. Bayaran khas kepada MP bukan anggota pentadbiran: RM1,500 sebulan

6. Elaun bulanan tetap perjalanan: RM1,500 sebulan

7. Elaun bahan api kenderaan: RM1,500 sebulan

8. Elaun pembayaran tol: RM300 sebulan

9. Elaun tetap pemandu kereta: RM1,500 sebulan

10. Pembelian telefon bimbit: Sehingga RM2,000 dalam dua tahun

11. Elaun telefon: RM900 sebulan

12. Pembelian komputer: Sehingga RM6,000

13. Bantuan bayaran pakaian black tie: RM1,000 sekali dalam tiga tahun

14. Elaun pakaian rasmi istiadat: Sehingga RM1,500

15. Tugasan rasmi, lebih 32km dari rumah atau elaun hotel: Sehingga RM400 semalam

16. Elaun hidup harian semasa bertugas rasmi ( Dalam negara: RM100 semalam & Antarabangsa: RM170 semalam )

17. Elaun makan minum bertugas rasmi di luar negara: RM340 semalam

18. Wad kelas satu bilik perseorangan di hospital kerajaan: Percuma

image is not available